SHAH ALAM – Asas kemerdekaan mestilah berteraskan islah atau reformasi
yang bermula daripada kepimpinan yang amanah, telus dan efektif serta
memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat harus dibebaskan dan dimerdekakan dari tekanan kehidupan lebih-lebih lagi dari sudut ekonomi rakyat.
“Tekad kami adalah untuk membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi, kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan dengan asas hak-hak rakyat bernegara yang dilindungi oleh Perlembagaan.
“Dengan itu, kita dapat membina nilai moral yang tinggi dan akhlak mulia. Kita mahukan sebuah negara yang merdeka dan bebas dari gejala rasuah, pembaziran dan kecuaian,” katanya dalam perutusan sempena sambutan hari merdeka, hari ini.
Menurut Wan Azizah, rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka dan bebas sepenuhnya dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni dan saling menghormati antara agama dan bangsa.
“Kita menyambut 31 Ogos sebagai tanda penghargaan kita terhadap harga sebuah kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati sejak tahun 1957. 57 tahun lalu, pemimpin-pemimpin negara kita membawa tanah air yang tercinta ini, keluar dari belenggu penjajahan British.
“Kemerdekaan yang dicari sebenarnya adalah kebebasan hati dan jiwa, kebebasan diri dan anggota keluarga dari belenggu pemikiran yang rasis dan sempit, serta mempunyai kebebasan ekonomi,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini supaya berusaha bersama-sama untuk membawa negara ke landasan yang betul dan memelihara maruah serta kedaulatan negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan