SHAH ALAM: Penduduk di Ipoh hari ini digemparkan dengan tindakan sepasang pengantin menjalani sesi fotografi dengan berpakaian separuh bogel.
Gambar dan video pasangan berkenaan mula menjadi viral di laman sosial
dengan si lelaki memakai seluar panjang manakala pasangannya pula cuma
memakai coli dan seluar dalam, ditutupi dengan kain yang jarang.
Perbuatan pelik pasangan tersebut membuatkan beberapa pengguna jalan raya berhenti untuk melihat gelagat mereka.
Tindakan mereka berdua ini semestinya dilihat kurang sopan dan mencetuskan perasaan kurang senang orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan