Ariffin Man
ALOR SETAR - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat
kekecohan ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung kelmarin.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, jawatankuasa dianggotai kira-kira 10 ahli akan menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum dihantar kepada Umno negeri dan Pusat.
Menurutnya, tindakan yang akan dikenakan terhadap individu terlibat bergantung kepada Umno Pusat.
"Dari segi peraturan, persidangan mematuhi prosedur ditetapkan dalam tempoh notis 14 hari manakala semua senarai nama perwakilan calon G7 adalah sah berdasarkan undian majoriti.
"Namun kita yakin masalah berpunca dari kesilapan teknikal hingga berlaku provokasi yang mencetuskan tindakan mengikut perasaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Terdahulu, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika persidangan bermula. Ia tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis.
Ariffin berkata, sepatutnya tidak berlaku masalah kerana mengikut senarai nama asal terdapat 16 calon perwakilan yang menawarkan diri untuk bertanding.
"Namun semasa hari mesyuarat, sebahagian nama itu tercicir kerana tidak dimasukkan ke dalam beg. Bagaimanapun semua ahli Umno mengenali semua nama calon.
"Daripada 16 calon, hanya tujuh terpilih untuk menjadi wakil ke perhimpunan agung di Kuala Lumpur. Pemilihan dibuat secara undian oleh kira-kira 700 perwakilan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan