HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2014

'Yang Lain-lain' bawa Borneo ke semenanjung

MALAYSIAKINI


 


Bagaimana kehidupan di Malaysia Timur? Kenapa masyarakat di situ seolah-olah 'terasing' daripada penduduk semenanjung?

Perkara itu antara isu yang mahu diketengahkan oleh Lightup Borneo, sebuah NGO untuk menyediakan kemudahan elektrik menggunakan generator hidro mikro dalam program jelajah “Yang Lain-lain”.

Nama itu digunakan bagi menggambarkan keragaman budaya Malaysia di negeri pulau Borneo itu yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik, yang sering dirujuk dengan gelaran 'lain-lain'.

Diadakan sempena sambutan 51 pembentukan Malaysia, jelajah itu menampilkan tiga seniman Long Pasia, sebuah kampung yang memerlukan perjalanan lapan jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda daripada Kota Kinabalu.

“Jelajah ini bertujuan memperkenalkan bakat terpendam daripada masyarakat yang sering dilupa dan diketepikan di pedalaman Borneo, sementara mencari perhatian terhadap kehidupan harian yang kurang menyenangkan penduduk kampung itu.

“Iaitu, tiada jalan, bekalan elektrik, air terawat, telekomunikasi dan banyak lagi kekurangan dan ketiadaan perkhidmatan asas yang diambil mudah penduduk bandar,” kata NGO itu.

Jelajah itu, antaranya akan mengetengahkan karya seni, kraftangan dan persembahan kebudayaan Masyarakat Lun Dayeh di Pulau Pinang, Ipoh, Melayu dan Kuala Lumpur pada 7 hingga 18 September.

Tiada ulasan: