Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan cadangan Pengerusi Biro Pekerja Muda, Dazma Shah Daud agar MAS memberi kelonggaran kepada pramugari beragama Islam menutup aurat sewaktu bertugas.

Menurut Khairy, cadangan itu boleh dipertimbangkan pihak pengurusan MAS bagi menghormati kakitangan wanita Islam untuk berhijab.

“Saya rasa kita boleh usulkan kepada kepada MAS supaya boleh beri kebenaran kepada pekerja beragama Islam yang mahu memakai tudung dan menutup aurat.
“Cadangan tersebut cukup baik,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, semalam.

Menurut Khairy, perubahan itu mampu mengubah perspektif sesetengah pihak terhadap MAS yang didakwa mewujudkan diskriminasi terhadap pekerja wanita beragama Islam.
“Dengan kelonggaran yang diberikan, pekerja boleh memilih untuk berhijab atau tidak,” katanya.

Beliau mengulas cadangan Dazma seperti disiarkan Sinar Harian semalam yang meminta pengurusan MAS memberi kelonggaran kepada pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam menutup aurat.