HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Ogos 2014

Kes hasutan: Surendran disiasat lagi

MALAYSIAKINI


 


Selang seminggu selepas disiasat berhubung dakwaan menghasut, MP Padang Serai N Surenderan disiasat sekali lagi mengikut undang-undang sama, buat kali kedua bulan ini.

Kali ini, beliau disiasat polis berhubung kenyataannya mengenai rayuan kes Liwat II yang dihadapi ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surendran bertindak sebagai peguam Anwar dalam kes tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Surendran berkata kenyataan beliau akan dirakam di balai polis Pudu lewat hari ini.

Siasatan dijalankan oleh pegawai dari ibu pejabat polis Temerloh, susulan satu laporan yang dibuat ke atas peguam berkenaan.

Laporan berkenaan adalah berhubung kenyataan Surendran bahawa tuduhan Liwat II ke atas Anwar merupakan konspirasi politik melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada 19 Ogos lalu, Surendran didakwa mengikut Akta Hasutan atas satu kenyataan yang dibuat pada April lalu mengenai penghakiman bertulis mengenai sabitan Anwar di Mahkamah Rayuan.

Tiada ulasan: