HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Ogos 2014

Mesyuarat Istiadat MH17 Kumpulan Kedua Libatkan 10 Kementerian

Alif Mustapha 


alt
 


KUALA LUMPUR - Mesyuarat koordinasi berhubung istiadat penghormatan buat mangsa nahas MH17 bagi kumpulan kedua akan diadakan pada Isnin depan.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mesyuarat tersebut akan diadakan bersama 10 kementerian lain.

"Mesyuarat koordinasi akan diadakan pada Isnin ini dan saya akan umumkan semua nama yang akan dibawa pulang. Kita akan tunjukkan penghormatan walaupun ringkas namun tertib. Kita tetapkan 2 September ini untuk adakan istiadat penghormatan bagi semua baki jenazah yang dikenalpasti. Dirancang dan dikoordinasi oleh pihak saya bersama 10 kementerian lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas melancarkan Buku Biografi Tun Abdullah Ayub - Riwayat Seorang Pentadbir (Ketua Setiausaha Negara 1979-1981) di Dewan Utama Menara Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin menegaskan keadilan buat mangsa nahas akan tetap menjadi perkara utama dan usaha untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu sedang dikaji oleh pihak Peguam Negara.

"Kotak hitam dan serpihan yang dijumpai itu samada ia mempunyai kaitan dengan siapa dalang atau siapa yang menembak jatuh pesawat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sudah nyatakan bahawa kita akan menghadapkan pesalah ke muka pengadilan.

"Mahkamah mana untuk menuntut keadilan, samada dinegara kita atau mahkamah antarabangsa dan saya dimaklumkan ia masih dikaji oleh pihak Peguam Negara. Kaji semua kemungkinan, segala bukti yang ada, kerjasama rapat dan kita juga sudah menjadi anggota ahli jawatankuasa siasatan jenayah antarabangsa serta hubungan diplomasi dengan pihak berkepentingan telahpun diwujudkan," tegas beliau.

Tiada ulasan: