Kenaikan Harga Rumah Naik Malaysia 2015
(4% – 6%) Angkara GST Malaysia! Bersedia? :
Tiba-tiba teringat dengan
laporan di Berita RTM TV1 dan juga berita TV3 serta tidak lupa juga
nasihat dan peringatan daripada seorang yang bergelar Menteri Kewangan
Malaysia, Ahmad Maslan yang mengatakan harga barang akan turun, harga,
harga rumah di Malaysia akan turun selepas GST. Percayalah……Tolonglah
percaya (CONTOH AHMAD MASLAN DI SINI). Dalilnya?
Jikalau dilihat seluruh pelusuk iklan di
Malaysia, kartun di LRT, billboard di tepi tepi jalan raya, iklan di
saluran TV3, Astro dan RTM berkenaan GST. Semuanya indah-indah belaka.
Seperti tinggal di syurga apabila
dilaksanakan GST bermula 1 April 2015 kelak. Contohnya alunan suara
iklan GST yang acapkali berlegar di telinga rakyat Malaysia sekarang
dengan tujuan mendidik seperti :
Jika cukai GST betul boleh turunkan harga barang, iklan itu sepatutnya bunyi begini:
- “Jangan bimbang pendidikan tiada cukai GST”
- “Jangan bimbang beli rumah tiada cukai GST”
- “Berita baik pendidikan juga ada cukai GST”
- “Lagi berita baik, beli rumah pun ada cukai GST”
Berdasarkan semakan Berita Semasa trends
kenaikan harga rumah di Malaysia naik telah lama berlaku mengikut nilai
pasaran semasa sehinggakan rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini
terus menjadi mangsa.
Realitinya, belum ada GST Malaysia pun, ramai yang sehingga ke hari ini tidak dapat memiliki harga rumah mampu milik.
Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia VS GST Malaysia 2015?
Untuk rekod dan rujukan anda semua, kenaikan harga rumah di Selangor naik contohnya telah mencecah sebanyak 340% dengan purata sekurang-kurangnya 10% sejak 23 tahun yang lalu.
Bagaimana pula trends kenaikan gaji dan pendapat anda pula sebagai
rakyat Malaysia yang membanting tulang, tenaga dan buah fikiran di
tanahairanda sendiri?
Pastinya, Harga rumah di Malaysia naik
4% – 6% selepas GST dilaksanakan bermula 1 April 2015. Ya…untuk kenaikan
harga rumah di malaysia naik berpunca daripada GST sahaja adalah antara
sekitar 4% – 6%. Belum ditambah dengan trend kenaikan harga rumah di
Malaysia terutamanya di lembah Klang contohnya telah meningkat lebih
daripada 10% sejak 2 tahun yang lalu
Ya…benar harga rumah yang djual
dikenakan GST tetapi segala pembinaan kediaman tersebut memerlukan bahan
binaan seperti simen, batu-bata, kayu dan lain-lain bahan binaan yang
dikenakan GST. Oleh itu, pemaju mana yang bermurah hati dan mahu
melakukan kebajikan kepada pelanggan dan pembeli rumah dengan menanggung
kesemua beban cukai GST yang dikenakan ke atas mereka?
- Sudah tentunya bakal-bakal pembeli yang perlu memikul beban tersebut
- kontraktor atau pembekal yang mengemukakan tender sudah pasti telah mengambil kira potensi kenaikan kos mengikut GST.
- Pemaju hanya memikirkan bagaimana mahu memaksimakan keuntungan mereka setiap tahun dan mengenyangkan kalangan pelabur dan pemegang saham syarikat mereka
- Ataupun, sekiranya harga rumah tidak dinaikkan, syarikat pemaju perumahan terpaksa mengurangkan bahan binaan menyebabkan kediaman dibina lebih kecil, mutu binaan tidak berkualiti dan tidak menepati spefikasi piawaian keselamatan.
- Pilih salah satu daripadanya.
Nilai & trend kenaikan harga rumah
di Malaysia naik setiap tahun ditambah dengan beban cukai GST tahun
hadapan bukannya Berita Semasa reka semata, tetapi telah diakui sendiri
oleh pemaju dan pemain hartanah di Malaysia. Dan terdapat satu lain
permain industri & sektor …………. yang mana Berita Semasa akan kupas
pada laporan Berita Semasa yang akan datang di mana mereka memberikan
peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka sama sekali tidak akan
menanggung kos cukai GSt sebaliknya akan memindahkannya semula kepada
pengguna.
Rantaian GST Malaysia 2015 : Punca Kenaikan Kos Beli Rumah?
- para pembeli hartanah kediaman juga akan dikenakan GST dalam urusan guaman dan perbankan seperti caj atau yuran berkaitan urusan pembelian kediaman masing-masing
- Harga rumah naik 4%-6% dek kerana bahan binaan dikenakan GST
- perkhidmatan seperti kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini mestilah akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.
- Kos pengangkutan akan naik…harga paku naik..besi naik..simen naik…jubin lantai naik..dan lain-lain lagi
Berita Semasa bukannya menolak
bulat-bulat cukai GST 6%. tetapi pengenalan pada paras 6% agak tinggi
pada masa pendapatan perkapita rakyat malaysia hanya berlegar RM31,000
sahaja. Patutkah?
P/S : Adilkah kepada rakyat Malaysia?
- Singapore laksana GST 7% pada ketika pendapatan perkapita rakyat sudah mencecah RM197,000.
- Malaysia pula memperkenalkan sekaligus secara mendadak GST Malaysia pada kadar 6% pada ketika pendapatan perkapita rakyat baru mencapai RM31,000 sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan