HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2014

Pemuda UMNO Sedia Gempur PRK Pengkalan Kubor

Safiq Yaacob


alt
 


KUALA LUMPUR  - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyatakan kesedian bagi menggerakkan jentera menghadapi Pilhan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, persediaan rapi sedang disusun oleh Pemuda Umno memandangkan hampir separuh dari keseluruhan pengundi dikawasan adalah golongan muda.

"Kita telah bincangkan persiapan bagi PRK bagi kawasan Dun Pengkalan Kubor di mana di dalam kawasan ini terdapat 43 peratus dari keseluruhan pengundi adalah pengundi iaitu seramai 10,404.

"Sudah pasti tumpuan Pemuda Barisan Nasional (BN) adalah untuk menarik seramai mungkin untuk bersama kita mengundi calon yang bakal kita (BN) umumkan kelak," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemuda Umno Malaysia di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairy menjelaskan, Pemuda Umno akan meneruskan pendekatan yang digunakan semasa kempen pada PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Katanya, Pemuda Umno juga akan cuba mencadangkan kepada pimpinan BN agar golongan muda diberi peluang untuk dicalonkan pada PRK tersebut.

"Kita akan cuba dekati mereka(pengundi muda) dengan pelbagai program yang diadakan sebelum pilihanraya, semasa tempoh berkempen untuk kita dapat sokongan mereka.

"Saya telah pohon kepada pucuk pimpinan parti agar, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamarudin disenaraikan sebagai calon dan saya harap nama beliau akan disenarai pendek.

"Beliau merupakan anak jati Pengkalan Kubor selain seorang yang dihormati oleh masyarakat setempat," ujarnya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam berhubung kekosongan kerusi bahagian pilihan raya DUN N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan.

Kekosongan itu berikutan kematian penyandangnya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos.

Tiada ulasan: