KUALA LUMPUR - Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nazri
Hussin memberitahu bahawa beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan
ditutup mulai 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2014 seawal jam enam pagi.
Beliau berkata, jalan-jalan yang terlibat dalam penutupan adalah lokasi dataran merdeka dan jalan sekitarnya.
"Kita akan mula buat penutupan dan lencongan jalan pada jam 6 pagi untuk kesemua latihan, raptai dan juga pada hari berlangsungnya sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos.Tempat-tempat melibatkan latihan, raptai, pebarisan dan perarakan ini adalah Dataran Merdeka.
"Tempat yang terlibat adalah Dataran Merdeka dan lokasi- lokasi sekitar Dataran Merdeka," katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Abdul Samad, disini hari ini.
Jelas Nazri Hussin lagi, tujuan penutupan jalan ini adalah untuk bagi memudahkan pihak-pihak yang terlibat pada hari sambutan menempatkan kemudahan mereka nanti.
"Tujuan penutupan dan lencongan adalah untuk kita susun atur aset (kenderaan) sebelum bermula sehingga tamat perbarisan atau perarakan, susun atur peserta yang terlibat, lokasi sambutan, tempat letak kereta VVIP,VIP dan jemputan dan kerja-kerja persiapan tempat acara," ujarnya.
Nazri Hussin turut mengingatkan kepada para pengunjung agar memberi kerjasama kepada pihak polis serta mematuhi undang-undang yang sewajarnya dan menggunakan kemudahan awam untuk hadir ke Dataran Merdeka bagi mengatasi masalah kesesakan pada hari tersebut
Katanya, seramai 520 pegawai dan anggota trafik lalu lintas akan ditempatkan bakal mengawal keseluruhan kawasan yang terlibat.
Berikut adalah senarai jalan-jalan yang terlibat :
- Jalan Travers /Jalan Damansara (MUZIUM NEGARA)
- Jalan Mahameru/Jalan Damansara (CARCOSA)
- Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Susur Muzium Negara)
- Bulatan Hismuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara)
- Jalan Perdana/Jalan Lembah
- Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin (Daya Bumi)
- Jalan Kinabalu/ Jalan Hishamuddin (Susur Bukit Aman)
- Jalan Lembah/ Jalan Cenderasari
- Lebuh Pasar Besar/ Jalan Hang Kasturi
- Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak
- Jalan Dang Wangi/ Jalan Tunku Abdul Rahman
- Jalan Kucing/ Bulatan Dato Onn
- Jalan Kinabalu/ Bulatan Dato Onn
- Tunku Abdul Rahman/ Jalan Raja (Dataran Merdeka)
- Jalan Hishamuddin/ Jalan Raja (Dataran Merdeka)
- Jalan Parlimen/ Bulatan Dato Onn (DBKL)
- Bulatan Dato Onn/ Jalan Raja ( Kelab DiRaja Selangor)
- Jalan Mahkamah Persekutuan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan