HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Ogos 2014

Hishammuddin : UMNO Tampil Calon Paling Layak

EAKYATNEWS


alt
 


NILAI - Umno akan memastikan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, adalah seseorang yang benar-benar layak dan boleh diterima masyarakat kawasan itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu mengambil pendekatan bermufaakat dalam berbincang mengenai calon yang paling sesuai sebelum cadangan dikemukakan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan presiden parti untuk memilih calon yang benar-benar layak. Tugas kita dalam parti ialah untuk mencari calon paling layak yang boleh diterima masyarakat kawasan itu untuk memenangi kerusi itu buat BN (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Rasah di sini, semalam.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Allahyarham Noor Zahidi rapat dengan rakyat di kawasannya.

Tiada ulasan: