MALAYSIAKINI
DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di
negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat
perlu terus kekal.
Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.
"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong
presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya
untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan
pakatan ini.”
Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.
Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa
parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri
Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan