HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Ogos 2014

Suaram: Selidik sehabisnya rusuhan Kulai

MALAYSIAKINI



 
 
 
NGO hak asasi Suaram menggesa polis dan kementerian sumber manusia menyiasat dakwaan berhubung layanan buruk ke atas pekerja asing, sehingga menyebabkan berlaku rusuhan di kilang di Kulai, Johor.

Pengarah eksekutif NGO tersebut, Yap Swee Seng berkata syarikat tersebut perlu bertanggungjawab sekiranya dakwaan tersebut didapati benar.

“Suaram tidak akan membiarkan keganasan, pihak berkuasa mesti menangan sebab sebenar kejadian tersebut untuk mengelakkannya dari terus berlaku.

"Hak asasi dan hak pekerja warga migran tersebut perlu dilindungi agar mereka boleh bekerja dengan selamat dan hidup dengan bermaruah semasa bekerja di Malaysia,” kata Yap.

Dalam kenyataannya, Yap berkata layanan tidak berperikemanusiaan ke atas pekerja asing bukan satu perkara luar biasa di Malaysia.

Tambahnya, golongan pekerja itu terdedah kepada eksploitasi melalui waktu bekerja yang lama dan tidak diberikan perlindungan insurans.

Golongan itu juga terdesak untuk membayar balik hutang dari agensi pekerja, tekanan kewangan dari keluarga, diskriminasi sosial dan kekurangan akses kepada keadilan dan keselamatan.

"Penguatkuasaan undang-undang buruh ke atas pekerja asing sangat menyedihkan, terutama dalam kes melibatkan pekerja asing yang cedera semasa bertugas dan tidak diberi gantirugi,” katanya lagi.

Beliau merujuk kepada kes tiga warga Bangladesh yang terbunuh di tapak pembinaan jajaran Mass Rapid Transit dan juga rusuhan di Taman Perindustrian Sawit Baru, yang berkait dengan kes layanan dah hak pekerja berkenaan.

Katanya, kes berkenaan bagaimanapun hanyalah sebahagian kecil dari masalah sebenar.

"Ia hanya mendedahkan betapa bahaya dan mencabar suasana kerja yang harus dialami oleh tenaga buruh asing,” katanya.
 

Tiada ulasan: