HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Ogos 2014

Anwar tangkis tuduhan amal nepotisme

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan parti itu mencalonkan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan menteri besar Selangor.

Katanya keputusan itu dibuat memandangkan Wan Azizah merupakan presiden parti dan juga bekas ketua pembangkang yang berkebolehan.

Anwar berkata beliau terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membangkitkan soal nepotisme susulan pencalonan Wan Azizah.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak mahu diheret ke dalam perbincangan isu tersebut.

"Wan Azizah dicalonkan oleh parti, bukan kerana beliau isteri saya tetapi kerana beliau presiden parti dan menunjukkan prestasi yang baik sebagai ketua pembangkang di parlimen Malaysia,” jelasnya.

1 ulasan:

reymond grey berkata...

Memang kau laksanakan kronisma biasa la aljuburi dia je yang betul, kalau dia betul dah jadi PM, ada lantik bini jadi MB. Harami aljuburi takkan dalam PKR tak ada orang yang layak jadi MB selain bini kau. Kau cakap je tapi yang kau buat lain.