MALAYSIAKINI
Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang tidak berdaftar bawah Akta
Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi
undang-undang, kata ketua polis negara.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dimaklumkan secara rasmi oleh
Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini bahawa pertubuhan itu menyalahi
Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.
"PDRM akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti PPS dan mengambil
tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam
kenyataan hari ini.
Diluluskan exco tapi haram?
Ketika dihubungi, Pengerusi PPS Phee Boon Poh mempersoalkan bagaimana
unit itu dianggap tidak sah sedangkan siasatan masih belum dibuat.
“Kenapa
ROS sungguh-sungguh berminat dalam hal ini bertindak pantas dengan
menulis kepada polis?” katanya yang juga exco kebajikan masyarakat
penyayang dan alam sekitar negeri.
“Sama ada PPS sangat terkenal atau sangat berkesan.”
Phee (kanan) menjejaskan, unit itu tidak berdaftar bawah ROS
kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri yang diluluskan
mesyuarat exco, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dibiayai oleh Jabatan
Kewangan Negeri.
Malah, katanya, PPS ditubuhkan untuk manfaat orang ramai dalam keadaan bencana dan membantu polis mencegah jenayah.
PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51,
mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air
Itam minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan