HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Ogos 2014

KJ: Kru MAS patut diberi pilihan tutup aurat

MALAYSIAKINI


 


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan Malaysia Airlines memberikan pilihan kepada kru penerbangannya yang beragama Islam menutup aurat.

“Sesiapa yang mahu menurut aurat patut boleh melakukannya,” Khairy dipetik sebagai berkata oleh Star Online.

Pandangan ini selari dengan permintaan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) sebelum ini.

Khairy berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan yang memetik exco Pemuda Umno Dazma Shah Daud sebagai berkata, MAS patut membenarkan anak kapal wanita memajai hijab dan berhenti menghidangkan arak.

Star Online bagaimanapun melaporkan Dazma yang mendakwa kenyataannya disalah petik dan beliau sebenarnya hanya mahukan kru penerbangan diberi pilihan.

Beliau juga dilaporkan berkata, tindakan melarang terus anak perempuan yang beragama Islam daripada mempraktikan kepercayaannya melalui hijab sebagai diskriminasi.

Beliau juga berkata pakaian seragam berkaitan juga patut diubah untuk mereka yang mahu menutup aurat.

Tiada ulasan: