HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Ogos 2014

PERKASA : PKR Cuba Ugut Kewibawaan Sultan Selangor

Amirul Ashraff


alt


KLANG  - Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor menyifatkan kemelut Menteri Besar Selangor merupakan salah satu agenda untuk mengugut kewibawaan insitusi diraja di negeri itu.

Presiden PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dalam melakukan peralihan kuasa negeri itu dianggap melampaui batas sehingga mendapat kemurkaan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya nampak perkara ini bukanya percaturan politik tetapi sebenarnya mereka cuba untuk menghapuskan insitusi diraja.

"Kenapa mesti hendak melantik Menteri Besar Selangor seorang perempuan, orang luar dari Selangor, kenapa mesti ambil dari luar? Adakah Selangor sudah ketandusan pemimpin di kalangan lelaki?.

"Tetapi pada hari ini kita lihat, mereka cuba ajukan Duli Yang Maha Mulia Sultan perkara-perkara yang tidak munasabah apabila Baginda menolak lantas dengan itu mereka habis-habisan menghentam Sultan.

"Mereka perlu sedar bahawa Sultan mempunyai penasihat dari segi undang-undang, penasihat dan jangan cuba-cuba sesekali untuk mempertikaikan kewibawaan Sultan," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman di sini semalam.

alt


Beliau menegaskan, setiap titah yang dikeluarkan oleh Sultan sudah dikaji terlebih dahulu dan pemimpin PKR tidak seharusnya lantang membantah arahan dari pihak istana.

"Setiap titah Sultan itu sudah dikaji secara terperinci, tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan dan hanya mereka yang mencari kepentingan dan tujuan tertentu untuk diri sendiri bagi menjatuhkan institusi diraja maka mereka bangun mengatakan Sultan tidak betul.

"Malah menyerang Sultan tidak adil serta mengajak rakyat menggulingkan insitutsi diraja," katanya.

PERKASA merupakan antara 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta menyertai Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor'  bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.

Tiada ulasan: