HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Ogos 2014

Nik Nazmi: Saya sokong Wan Azizah jadi MB

MALAYSIAKINI


 


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana mahu mencalonkannya sebagai menteri Besar Selangor, tetapi beliau mengulangi pendiriannya menyokong penuh calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang meletakkan nama saya untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.

"Namun, saya ingin ulangi pendirian saya dari awal bahawa saya menyokong penuh calon yang dicadangkan PKR, Presiden kami sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya meletak jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti di kalangan wakil rakyat di negeri itu, namun krisis menteri besar Selangor masih belum menampakkan jalan penyelesaiannya.

Ini kerana peralihan pendirian PAS berkaitan penggantian menteri besar yang dipertujui dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan pada 17 Ogos.

Walaupun hasil mesyuarat itu ialah Wan Azizah akan menjadi calon tunggal yang akan dikemukakan Pakatan kepada pihak istana, tetapi permintaan Istana supaya beberapa nama calon dikemukakan, telah meletakkan PAS dalam keadaan bertentangan dengan rakan-rakan gabungan itu.

Tiada ulasan: