MAALYSIAKINI
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menolak tanggapan pelanggan pam
minyak Petronas yang mendakwa ditipu kerana gagal mendapatkan payung
melalui penyertaan dalam satu program promosi.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa Petronas kehabisan bekalan payung untuk diagihkan kepada pelanggannya.
“Tiada isu Petronas ingin menipu atau sebagainya... Bila seorang
pelanggan ingin menebus sampai 15 payung maka Petronas terpaksa bahagi
sama rata untuk orang lain (yang ingin menebus) juga
"Penyelesaian bagi kes ini bagi saya, pelanggan perlu bersabar dan
menunggu sehingga Petronas mendapat stok secukupnya untuk diagihkan
kepada pelanggan yang layak," katanya.
Menurutnya, Petronas sendiri telah menjelaskan bahawa syarikat tersebut
kekurangan stok payung ekoran sambutan para pelanggan yang sangat
menggalakkan.
PPIM juga menerima sekurang-kurangnya enam aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan kempen berkenaan.
Beliau merujuk kepada kenyataan Petronas di laman Facebook pada 18 Ogos
lalu, yang menjelaskan bahawa program itu terakluk kepada “prinsip siapa
cepat dia dapat”.
Sindiran pelanggan
Promosi yang bermula pada 20 Julai sehingga 15 September itu menetapkan
pengguna untuk mengumpul 10 bukti pembelian bahan api untuk membolehkan
mereka mendapatkan payung khas itu.
Semakan di laman Facebook Petronas menunjukkan para pelanggannya masih
tidak berpuas hati dan meninggalkan komen serta sindiran ke atas
syarikat tersebut kerana gagal membekalkan payung itu seperti yang
dijanjikan.
Para pelanggan berkenaan turut berkenaan membangkitkan bahawa “prinsip
siapa cepat dia dapat” itu tidak dinyatakan dengan jelas ketika program
tersebut bermula, Julai lalu.
Antara lainnya, Fazdullah S Medar, yang berkata, Petronas mempromosi barang yang tidak wujud.
“Pengguna dipayungkan oleh Petronas... Promosi barang yang tiada,” tulisnya di laman tersebut.
Seorang lagi pelanggan, Lucas Xian Loong berkata Petronas sepatutnya
meletakkan harga untuk payung tersebut bagi membolehkannya dijual secara
tunai.
“Payung anda sudah untuk didapati bagaikan emas. Lebih baik anda
letakkan harga dan jual sahaja jika takut hilang duit kerana payung.
“Bagus, Petronas!,” tulisnya dengan sinis.
Kritikan ke atas Petronas itu turut dikesan dalam bentuk video parodi,
yang menunjukkan pengalaman seorang pengguna yang gagal mendapatkan
payung tersebut selepas berkunjung ke sekurang-kurangnya lima kedai
Pertronas.
Video sepanjang lebih dua minit yang dimuatkan di Youtube itu mendapat perhatian lebih 6,000 penonton setakat ini.
NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.
1 ulasan:
Takkan Petronas tak boleh estimate berapa banyak payung mesti disediakan sebelum promosi dilancarkan. Kalau rasa tertekan lain kali jangan berjanji dan cuba lari. Sedikit masa lagi, Petronas akan bagi alasan promosi tamat tempoh dan payung tak boleh claim lagi.Sekiranya ini betul-betul berlaku saya berharap rakyat Malaysia akan boikot beli minyak Petronas. Ini sebagai pengajaran kepada Petronas yang tidak peka dengan pelangan mereka.
Catat Ulasan