‘Pengantin’ separuh bogel: MB mahu tindakan segera
SINAR HARIAN
Foto yang menjadi viral dikongsi melalui Facebook dan WhatsApp
IPOH - Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana
perbuatan yang tidak menghormati adab dan budaya masyarakat pelbagai
kaum di negara ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul
Kadir.
Dr Zambry yang mengulas kejadian pasangan model dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan mereka di sekitar Jalan Sultan Yussuf, di sini, semalam berkata perkara itu dianggap satu perbuatan yang tidak akan diterima oleh rakyat.
Beliau berkata pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa dan menjangkakan siasatan terhadap pasangan itu akan siap dalam tempoh waktu terdekat ini.
"Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada.
Kerana tindakan mempertontonkan perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh di khalayak ramai adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip ketatasusilaan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.
"Mereka (pasangan model) boleh anggap ini satu 'trend' yang berlaku di beberapa buah negara tetapi ini adalah negara Malaysia, kita tidak boleh menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan adab budaya kita," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.
Dr Zambry berkata, pihaknya berharap pihak polis akan melakukan tindakan susulan terhadap pasangan model terbabit.
"Daripada apa yang terpapar (gambar pasangan model) semalam, kita lihat ini satu perkara 'indecent', (tidak senonoh), jadi apa pun kita serah kepada polis, di bawah peruntukan apa yang akan mereka jalankan siasatan mereka," katanya.
Semalam, seorang lelaki yang hanya berseluar panjang hitam dan seorang wanita berbikini putih dengan mengenakan kain layah bersama beberapa kru dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan di lokasi itu.
Beberapa laman sosial telah menyiarkan gambar dan kejadian yang dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ahmad Termizi Abdul Haq semalam berkata kejadian itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan