HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2014

Kes saman Khalid terhadap SPRM selesai

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Kes saman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan kerajaan berjaya diselesaikan hari ini.
 
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd. Dom yang mewakili SPRM kepada pihak media di Mahkamah Tinggi di sini dan direkodkan oleh Hakim Datuk Hue Siew Keng.
 
Abdul Khalid mengemukakan saman tersebut terhadap SPRM dan kerajaan yang didakwa telah membayangkan beliau menyalahgunakan kedudukannya atas kapasiti peribadi dan sebagai penjawat awam.
 
Menurut Zureen Elina, SPRM telah memberi penjelasan mereka berhubung perkara tersebut di portal SPRM pada 23 Ogos lalu.

Tiada ulasan: