MALAYSIAKINI
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
berkata pihaknya menerima pelbagai aduan daripada agensi-agensi kerajaan
mengenai kekurangan kakitangan disebabkan persaraan awal dan wajib,
kematian serta peletakan jawatan.
Presidennya Datuk Azih Muda
berkata kekosongan jawatan berikutan faktor di atas wajar diisi dengan
segera bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian kerajaan.
Katanya
sebagai contoh, Cuepacs menerima aduan daripada Malaysian Nurses Union
yang mendakwa ahlinya terpaksa membuat dua hingga tiga kerja berikutan
kekurangan kakitangan.
"Jadi apa yang Cuepacs ingin sampaikan
kepada kerajaan adalah supaya serius melaksanakan pelan penggantian
ataupun pengambilan penjawatan bagi menggantikan mereka yang telah
bersara atau telah berhenti kerja ini seperti mana disebut oleh Ketua
Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) setiap tahun sejumlah 21,000
hingga 25,000 kekosongan dalam perkhidmatan awam akan diisi," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung
Tritahunan Cuepacs Negeri Sarawak di Kuching semalam.
"Apa
yang menimbulkan kebimbangan kami sistem penyampaian ini tidak akan
berada pada tahap 100 peratus untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
"Justeru
itu kami minta supaya kerajaan melaksanakan segera pengisian kekosongan
jawatan dan ini juga akan memberi peluang kepada pelajar lepasan
universiti dan sijil seluruh negara untuk memohon jawatan kosong ini,"
katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan