PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan meminta polis menyiasat
sekiranya wujud unsur jenayah dalam kemalangan melibatkan dua tren milik
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berlanggar di Batang Kali, 7
Mei lalu.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemandu tren penumpang
dan tren elektrik (ETS) terbabit secara jelas cuai menjalankan tugas
apabila gagal mengaktifkan sistem kawalan automatik.
Selain itu, pihaknya juga telah mengambil tindakan disiplin dengan menggantung tugas kedua-dua pemandu tren terlibat.
"Tren ini mempunyai sistem perlindungan keselamatan automatik dan
(kemalangan) ini tidak seharusnya terjadi, sekali gus ia jelas (berlaku
disebabkan) kecuaian pemandu tren.
"Kita telah mengambil langkah dengan menggantung tugas mereka selain
mengambil tindakan disiplin dan pada masa sama kita merujuk kes ini bagi
siasatan jenayah.
"Jadi polis sedang meneliti kes ini sekarang," katanya ketika ditemui media pada sambutan Hari Wesak, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengesyaki pemandu tren tersebut
telah mengusik protokol pemanduan berkomputer yang ditetapkan kerana
tren ETS sememangnya dilengkapi sistem perlindungan keselamatan
automatik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan