shahbudindotcom
Katanya,
keistimewaan kepada bekas Perdana Menteri itu ditarik balik kerana Tun
Mahathir terlibat dalam perhimpunan haram dan anti kerajaan seperti
Bersih, membantah GST serta mengumpul tandatangan untuk Deklarasi
Rakyat.
Boleh diterimakah hujah-hujah Khalid itu?
Perhimpunan Bersih bila? Perhimpunan anti GST bila?
Tidakkah kedua-dua perhimpunan itu diadakan beberapa bulan sebelum ini?
Tetapi, kenapa baru sekarang khidmat polis pengiring itu ditarik balik?
Terbukti
di sini bahawa kebimbangan utama Najib Razak, tetapi dengan menggunakan
Khalid untuk bersuara, ialah semata-mata kerana bimbangkan terhadap
Deklarasi Rakyat yang sudah mula mendapat sokongan rakyat.
Ternyata
tindakan itu diambil ialah untuk mengganggu kelancaran Tun Mahathir
pergi ke sana ke mari bagi mengumpul 1 juta tandatangan bagi Deklarasi
Rakyat itu.
Apakah
mengumpul tandatangan untuk menolak Perdana Menteri yang penuh skandal
dan mengadakan majlis berkaitan dengannya sesuatu yang haram dan
menyalahi undang-undang?
Bukankah
semua program Deklarasi Rakyat selama ini mendapat kerjasama daripada
pihak polis, malah sentiasa diadakan dengan mematuhi kehendak Akta
Perhimpunan Aman yang digubal oleh Najib sendiri?
Jadi, di mana "haramnya" kehadiran Tun Mahathir dalam program-program Deklarasi Rakyat itu?
Dalam
pada itu, menurut Khalid lagi, keputusan berkaitan penarikan polis
pengiring itu adalah berdasarkan kes demi kes dan terkecuali jika Tun
Mahathir mahu menghadiri program-program rasmi lain yang tidak bersifat
anti kerajaan.
Namun
demikian, tambah beliau, bagi mendapatkan khidmat polis pengiring bagi
program rasmi itu, Tun Mahathir dikehendaki membuat permohonan kepada
dirinya terlebih dahulu.
Wahhh...hebatnya Khalid!!
Maka,
selepas ini, jika Tun Mahathir mahu menggunakan khidmat polis
pengiring, bermakna permohonan perlu dibuat dari semasa ke semasa.
Bermakna
lagi, mungkin bukan saja setiap bulan Tun Mahathir perlu menulis surat
kepada Khalid dengan menyenaraikan majlis-majlis rasmi yang akan
dihadirinya, bahkan tidak mustahil surat permohonan diperlukan bagi
setiap program yang mahu dihadirinya.
Bererti juga, jika sepuluh program yang mahu dihadiri, maka terpaksalah Tun Mahathir menulis sepuluh pucuk surat kepada Khalid.
Bayangkan,
begitulah layanan ke atas seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri
yang berjasa selama 22 tahun kepada kita serta mengangkat nama negara di
pentas-pentas dunia.
Bukankah
khidmat polis pengiring itu merupakan keistimewaan kepada Tun Mahathir
selaku bekas Perdana Menteri dan tidak ada termaktub program mana yang
boleh dan tidak boleh untuk dihadirinya?
Jika
menghadiri program yang bersifat anti kerajaan merupakan suatu
kesalahan, bagaimana pula dengan polis pengiring kepada Menteri Besar
dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang yang
setiap hari program dihadiri adalah anti kepada kerajaan Pusat?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan