HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Mei 2016

Nahas helikopter, tiada kaitan politik

SINAR HARIAN


Nahas helikopter, tiada kaitan politik
Helikopter itu berlepas dari Betong ke Kuching.


SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, meminta orang ramai agar tidak mengaitkan insiden ‎nahas helikopter dengan sebarang sentimen politik hanya disebabkan nahas itu berlaku ketika Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) Sarawak.

Katanya, nahas itu berlaku tanpa diduga, dan ia berlaku secara kebetulan.

"Nahas berkenaan adalah insiden yang tidak diduga dan secara kebetulan membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai mangsa,"katanya pada sidang media di Menara dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuching semalam  yang dipetik laporan media tempatan‎.

‎Sementara itu, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta semua pihak tidak mengambil kesempatan mempolitikkan insiden berkenaan.

"Datuk Noriah (Kasnon) bersama pegawainya ke sana (Betong) bukan untuk berkempen semata-mata, sebaliknya mahu bertemu rakyat dan melaksanakan tanggungjawab kementeriannya di kawasan terbabit,"katanya.

Dalam kejadian itu, timbalan menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terbunuh manakala lima lagi mangsa belum ditemukan oleh‎ pasukan SAR.

Lima mangsa tersebut ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kula Kangsar,  Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter itu berlepas dari Betong ke Kuching pada pukul 4.12 petang dan terputus hubungan dengan menara kawalan tiga minit kemudian.


Tiada ulasan: