Gambar hiasan
SHAH ALAM – Pembangkang tidak akan berjaya mengatasi BN sekiranya masih berpegang kepada ideologi perjuangan berbeza.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, perpecahan yang diwujudkan oleh pembangkang telah membuka banyak ruang buat BN mendominasi dan meraih undi setiap kali pilihan raya.
“Kelemahan pembangkang sentiasa nampak ketara kerana mereka tidak
bersama. Masing-masing mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan
BN yang mengguna pakai logo dan manifesto yang sama ketika bertanding.
“Pembangkang juga memecahkan undi apabila lebih daripada satu calon turun bertanding,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau menambah, pembangkang perlu melahirkan satu ideologi bersama sekiranya mahu mengatasi BN.
“PKR, Amanah (Parti Amanah Negara), DAP dan Pas, semuanya mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza.
“Mereka perlu selesaikan terlebih dahulu permasalahan dan perselisihan yang berlaku sesama mereka dan kemudian baru fokuskan kepada pilihan raya,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan