Kejadian berlaku berdekatan Stesen Kuala Kubu Bharu pada Sabtu lalu.
SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak berharap agar
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat mengambil tindakan
serius dalam menjalankan siasatan terhadap insiden kemalangan melibatkan
dua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Stesen Kuala
Kubu Bharu pada Sabtu lalu.
Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Perak, Mohd Rashidi Nasaruddin berkata, walaupun insiden sedemikian berada di luar daripada jangkaan, namun pihaknya beranggapan kejadian itu adalah daripada kecuaian KTMB dalam memastikan operasi pengangkutan awam itu berjalan lancar.
“Umum mengetahui KTMB kini menjadi pilihan utama rakyat selain daripada bas, sudah pasti insiden ini akan memberi kesan kepada tahap keyakinan pengguna.
“Selain itu, kejadian tersebut turut mengakibatkan beberapa orang penumpang mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tren bertembung, tiga penumpang cedera]
Sabtu lalu, kira-kira tiga penumpang mengalami cedera ringan selepas tren penumpang dari Butterworth ke Kuala Lumpur bertembung dengan tren ETS di Stesen Komuter Batang Kali jam 1.48 tengah hari.
Dalam pada itu, Mohd Rashidi memaklumkan bahawa pihaknya difahamkan insiden tersebut merupakan kejadian ketiga dalam tempoh dua bulan memandangkan sebelum ini dua kejadian turut direkodkan berlaku di Behrang dan Kalumpang namun ia hanya melibatkan gerabak muatan barangan.
“Kami melihat kejadian ini adalah satu perkara yang serius kerana ia melibatkan keselamatan penumpang.
“Amanah mengharapkan pihak yang bertanggungjawab termasuklah SPAD bertindak serius menjalan siasatan terhadap apa yang berlaku itu,” katanya.
Tambah beliau, Amanah sangat berpuas hati dengan perkembangan KTMB yang menyediakan perkhidmatan semakin baik dengan membangunkan keretapi lebih canggih termasuklah ETS, namun sebarang kecuaian harus dielakkan bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang.
Sebelum ini, SPAD melalui kenyataan yang dikeluarkan turut memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius insiden tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil setelah siasatan selesai dijalankan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan