shahbudindotcom
Sebagai
usaha menangani kenaikan harga minyak yang dijangka berterusan,
kerajaan pada mulanya mahu mempertimbangkan kemungkinan menaikkan
subsidi bagi bahan bakar itu.
Timbalan
Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu itu akan
dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
Kita sedang mengkajinya, kata Zahid Hamidi pada Ahad lalu.
Bagaimanapun,
mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkaitan perkara itu yang
diadakan semalam (Isnin) telah membuat beberapa keputusan yang dilihat
berbeza dan ada muslihat tersembunyi mengenainya.
Keputusannya
ialah kerajaan akan mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan
kenaikannya jika harga petrol Ron95 serta diesel melebihi kadar RM2.50
seliter dan ia berlaku secara berterusan selama tiga bulan.
Mengapa perlu menunggu harganya mencecah RM2.50 seliter baru mahu bertindak?
Apakah
harga RM2.38 seliter seperti sekarang dan mungkin kadarnya akan naik
lagi pada Rabu nanti, masih lagi dianggap tidak membebankan rakyat oleh
kerajaan?
Apakah
kerajaan sebenarnya tidak cukup wang untuk menampung subsidi minyak
yang tujuannya untuk memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalani
kehidupan seharian sehingga perlu menunggu kadarnya menjadi RM2.50
seliter untuk berbuat demikian?
Kenapa juga perlu ditunggu kenaikan berterusan selama tiga bulan sebelum kerajaan mengambil langkah-langkah perlu?
Bagaimana jika dalam tempoh sebulan saja daripada sekarang harga minyak sudah menaik sehingga RM2.70 seliter?
Ini
juga secara langsung memberi gambaran bahawa jika harga petrol
mengalami turun naik yang tidak menentu dan harganya berlegar-legar di
sekitar RM2.49 hingga RM2.55 atau RM2.60 seliter selama tiga bulan
mendatang, bermakna tiada apa-apa tindakan dari segi pengembalian
subsidi akan dilakukan oleh kerajaan.
Keadaan
itu, jika berlaku, masih dianggap tidak melebihi kadar RM2.50 seliter
serta tidak juga ditafsirkan telah mengalami kenaikan yang berterusan
selama tiga bulan.
Kalau
trend kenaikan harga minyak dunia berterusan pada minggu-minggu
seterusnya dan pada setiap Rabu mulai minggu ini pula kerajaan dijangka
mengumumkan peningkatan harga antara 5 hingga 10 sen lagi seliter, apa
perlu ditunggu sehingga tiga bulan lagi untuk menurunkan harganya
melalui penambahan subsidi?
Sekarang adalah penghujung November, tiga bulan lagi bermakna ketika itu ialah akhir Februari tahun depan
Apa ada pada akhir Februari 2018 nanti?
Oleh
hujung tahun ini diramalkan banjir besar melanda beberapa negeri, bulan
Mac hingga Mei tahun depan iaitu sebelum ketibaan Ramadan adalah
jangkamasa yang dijangka PRU 14 yang akan diadakan.
Bermakna,
jika kenaikan harga minyak berterusan sehingga tiga bulan akan datang
dan kerajaan mula menurunkan harganya pada hujung Februari nanti dengan
cara menambah jumlah subsidi, tindakan yang dilihat menunjukkan
keprihatinan terhadap beban hidup rakyat itu adalah bersamaan dengan
detik-detik menjelang tibanya tarikh pilihanraya.
Tidakkah
ini bermakna kerajaan secara sengaja mendera rakyat selama tiga bulan
terlebih dahulu sebelum berpura-pura menjadi baik dan prihatin
semata-mata untuk mendapatkan undi dan demi kepentingan Najib
mengekalkan kuasa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan