BERNAMA
Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah hingga 8 pagi ini meningkat kepada 930 orang berbanding 718 malam tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu
Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata enam pusat pemindahan (PP) yang
menempatkan 250 keluarga masih dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.
Di mukim Jitra, tiga pusat telah dibuka di Dewan Kubur Siam yang
menempatkan 222 mangsa, Dewan Tokong Cina (50) dan Dewan Jitra seramai
202 mangsa.
Manakala jumlah mangsa banjir di PP Kampung Lahar dan Dewan Kampung Bata di Malau kekal, iaitu masing-masing 130 dan 278 mangsa.
Sementara itu, satu pusat pemindahan baharu telah dibuka di Kota
Setar pada 10 malam tadi di Surau Assyakirin, Kepala Batas yang
menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan