OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH
ALAM: Golongan pengemis di negara ini mampu memperolehi
pendapatan lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit tanpa berkerja
keras.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor,
Hanafi Maulud berkata, beliau sendiri pernah menahan pengemis yang
memiliki wang simpanan di dalam bank berjumlah RM18,000.
“Pada
1980-an, ketika berkhidmat sebagai Pegawai JKM dan terbabit dalam satu
operasi, saya memeriksa salah seorang papa yang ditahan dan mendapati
dia mempunyai wang simpanan RMM18,000, sedangkan kita yang berkerja
siang malam belum tentu memiliki wang simpanan sebanyak itu.
“Bayangkan
jika kisah yang saya ceritakan ini berlaku pada 1980-an, bagaimana pula
zaman sekaran? Sudah tentu mereka mampu memperolehi pendapatan lebih
lumayan,” katanya.
Beliau berkata, golongan itu kebiasaannya hanya
mahu wang tunai dan bukan bantuan dalam bentuk lain seperti makanan
atau pakaian.
Pada masa sama, Hanafi turut mengingatkan orang
ramai yang ingin membantu golongan tidak bernasib baik menyalurkan terus
ke organisasi disahkan kerajaan.
“Biasnya bila diajak makan sudah pasti mereka (pengemis) tolak kerana hanya mahu wang.
“Orang ramai juga digalakkan bertanya soalan kepada pengemis bagi mengelakkan ditipu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan