HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 November 2017

Anggota bomba boleh undi pos jika kerja PRU

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berkhidmat semasa pilihan raya umum (PRU) kini dibenarkan membuang undi melalui pos.
 
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, kelulusan itu diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 23 Oktober lalu selepas pihaknya membuat permohonan rasmi pada pertengahan tahun ini.
 
“Kebenaran ini diberikan hanya kepada pegawai dan anggota bomba yang bertugas di seluruh negara tanpa mengira waktu siang atau malam ketika PRU.
 
“Mereka perlu mengisi borang yang diberikan oleh SPR untuk membuang undi dalam PRU nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan JBPM di sini hari ini.
 
Menurut Wan Mohd. Nor seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, hari pengundian ketika pilihan raya merupakan waktu yang paling kritikal kerana pihaknya perlu menjaga pelbagai aspek keselamatan dan tidak boleh meninggalkan tempat pengiraan undi.
 
Sehubungan itu, katanya, cuti anggotanya juga akan dibekukan seminggu sebelum dan selepas PRU bagi membuat persiapan rapi.
 
 
 

Tiada ulasan: