shahbudindotcom
Sejak
kebelakangan ini seperti wujud suatu keghairahan yang makin
menjadi-jadi untuk mengungkit semula sejarah silam kepimpinan Tun
Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu dengan dua topik
utama yang kerap menjadi perhatian iaitu penahanan di bawah ISA dan kes
liwat melibatkan Anwar Ibrahim.
Jika
UMNO atau mana-mana pihak yang pro kepada Najib Razak menimbulkannya
tentu saja ia mudah difahami maksud serta tujuannya, tetapi malangnya
perkara tersebut dibangkitkan oleh mereka dalam Pakatan Harapan sendiri
atau di majlis-majlis yang dianjurkannya.
Apa tujuan dan faedahnya?
Bukan
tidak boleh menyoal atau membangkitkannya, tetapi episod itu sepatutnya
sudah lama berlalu. Malah, sebelum ini, Tun Mahathir sendiri sudah acap
kali bercakap atau menjelaskan mengenainya, termasuk memberi pengakuan
sedia dipersalahkan dan menerima hukuman jika ia dianggap suatu
kesalahan yang pernah dilakukannya.
Namun
seperti yang kerapkali diulang oleh beliau, bahkan konsistennya tidak
pernah berubah, menjatuhkan Najib adalah keutamaan dan perlu dilakukan
terlebih dahulu.
Selepas
semua itu selesai, buatlah apa saja demi untuk menyelamatkan negara
ini. Berulang kali juga Tun Mahathir mengingatkan, selagi Najib tidak
disingkirkan, tiada apa perubahan pun mampu dilakukan selepas ini.
Demikianlah
tingginya komitmen Tun Mahathir demi perubahan, menyelamatkan negara
serta menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk generasi akan
datang.
Jika
sebelum ini semua orang bercakap mengenai Najib yang dianggap
merosakkan negara dan perlunya beliau dijatuhkan, apakah dengan
mengungkitkan sejarah silam kepimpinan Tun Mahathir itu dapat lebih
membantu usaha tersebut?
Sebaliknya, tidakkah dengan berbuat demikian akan memberi keselesaan secara tidak langsung kepada Najib?
Kita
seharusnya sedar, oleh kerana Anwar masih di penjara, Tun Mahathir
adalah satu-satunya tokoh yang paling sesuai untuk mengetuai pakatan
parti-parti pembangkang ketika ini serta dianggap mampu menumbangkan
Najib?
Adakah sesiapa tokoh lain selain beliau?
Oleh
itu, selain Tun Mahathir sendiri sudah diterima sebagai Pengerusi
Pakatan Harapan, fokus seharusnya ditumpukan seratus-seratus untuk
melemahkan dan seterusnya menumbangkan Najib, UMNO serta BN. Ia tidak
harus berganjak walau sedikit pun.
Tidak perlu diungkit atau diperbesar-besarkan lagi sebarang perkara silam mengenai kepimpinan Tun Mahathir yang dahulu itu.
Tidak
cukupkah lagi pengakuan beliau yang sedia dipersalahkan dan dihadapkan
kepada sebarang penyiasatan selepas Najib dijatuhkan nanti?
Lebih
dari itu, dalam kes ISA, sebahagian mereka yang pernah ditahan dahulu
seperti Lim Kit Siang, Mat Sabu, Azmin Ali dan ramai lagi sudah pun
bersama dalam Pakatan Harapan ketika ini.
Mereka
juga telah memberi pengakuan untuk tidak menjadikan episod itu sebagai
halangan yang berpanjangan sehingga boleh menjejaskan usaha menumbangkan
Najib dan menyelamatkan Malaysia, malah menyifatkan kebobrokan era
Najib lebih besar serta mendesak untuk diakhiri berbanding menoleh ke
belakang.
Dalam
kes liwat Anwar pula, tidakkah Tun Mahathir bukan saja sudah
berbaik-baik dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, malah mempunyai
hubungan lebih erat dengan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah dan
seluruh keluarga Anwar sekarang ini.
Jadi, untuk apa diungkit dan diperbesarkan lagi semua sejarah masa lalu itu?
Semua
pihak dalam Pakatan Harapan, tidak kira siapa, berjawatan besar dan
kecil atau pendokong saja, jika benar yang ingin melihat Najib, UMNO dan
BN dapat ditumbangkan, jangan sesekali lari daripada fokus dan terlalu
kerap menoleh ke belakang.
Pelari pecut terhandal sekali pun tidak mungkin dapat memenangi apa-apa pingat jika asyik menoleh ke belakang ketika berlari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan