Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menggunakan sesi dialog 'town hall' bersama anak muda malam tadi untuk terus menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata 'hubungan baik'
bekas perdana menteri itu dengan Anwar pada ketika ini di dalam Pakatan
Harapan (PH) semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dan ahli keluarga.
"Dr Mahathir menyebut antara yang memaklumkan dia mengenai salah laku
seks Anwar ialah adik (Datuk Seri) Azmin Ali. Dr Mahathir turut menyebut
dia bertemu sendiri dengan mangsa seks Anwar yang diliwat dan
sebagainya.
"Turut ditemui ialah seorang lelaki yang Anwar lancapi, tegas Dr
Mahathir lagi. Dr Mahathir dengan jelas dan nyata memaklumkan dia tidak
akan menerima seorang 'peliwat' sebagai pemimpin negara.
"Adakah anda percaya Dr Mahathir hendak Anwar bebas dan keluar memimpin
negara, atau sekadar perkuda anda semua untuk selamatkan legasi politik
dan selamatkan harta dia, keluarga, proksi dan kroni?," demikian
menurut Chegubard di dalam satu kenyataan.
Dalam dialog 'town hall' bersama anak muda di Petaling Jaya, malam tadi, Dr Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung pegangannya terhadap dakwaan Anwar sebagai peliwat.
Dalam dialog 'town hall' bersama anak muda di Petaling Jaya, malam tadi, Dr Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung pegangannya terhadap dakwaan Anwar sebagai peliwat.
Pengerusi PH itu bagaimanapun menjawab kesemua soalan berkaitan perkara itu secara samar.
Dr Mahathir juga mendakwa dirinya tidak terlibat dengan tindakan polis
yang menyiasat kegiatan salah laku seks Anwar pada tahun 1998 dan
menegaskan sekali pun dirinya berkata demikian tidak akan ada sesiapa
mahu mempercayainya.
Bagaimanapun ketika sidang media selepas sesi dialog itu tamat Dr
Mahathir menjelaskan beberapa perlakuan seks luar tabie yang didakwa
dilakukan Anwar.
Dr Mahathir berkata dirinya tidak dapat menerima seorang peliwat
menjadi pemimpin negara, selepas dirinya mengetahui Anwar bukan sahaja
meliwat bahkan turut 'melancapi' mangsanya.
Selain Dr Mahathir, hadir sama ke dialog 'town hall' malam tadi adalah veteran DAP, Lim Kit Siang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan