HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 November 2017

Operator kilang dipenjara empat bulan kerana aib PM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Padah mengaibkan Perdana Menteri di media sosial, seorang operator kilang dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
 
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Mohd. Azali Ibrahim terhadap Mohamah Hamizan Ghazali, 24.
 
Kejadian tersebut berlaku antara 20 Oktober lalu antara jam 1 pagi sehingga 5.30 pagi pada 22 Oktober lalu di sebuah rumah, Jalan Melati 2, Taman Paya Rumput Perdana, Melaka.
 
Hamizan, mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan profil Ieyzan Ghazali di laman sosial Facebook dan memuat naik gambar lukisan kartun bersifat jelik yang tertera perkataan mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaaa Zainal Abidin didakwa mengikut Seksyen233 (1) (a) (II) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama  yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
 
 

Tiada ulasan: