HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 November 2017

Malaysia terus catat peningkatan ekonomi 6.2 peratus untuk suku ketiga 2017

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata Malaysia mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.2 peratus pada suku ketiga 2017.
 
Ia sekaligus menunjukkan prestasi terbaik sejak suku kedua 2014.
 
Muhammad berkata pertumbuhan ekonomi negara terus dipacu oleh permintaan dalam negeri, terutama perbelanjaan sektor swasta.
 
Katanya, dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi mencatat pertumbuhan yang menyeluruh manakala inflasi keseluruhan menurun kepada 3.8 peratus disebabkan inflasi pengangkutan yang lebih rendah.
 
“Berdasarkan petunjuk yang positif, ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada tahun ini seperti diunjurkan sekitar 5.2 hingga 5.7 peratus,” katanya dalam sidang akhbar hari in

Tiada ulasan: