KUALA LUMPUR: Isu-isu kontroversi seperti kedai dobi untuk umat Islam
di Johor dan larangan bertudung bagi pekerja wanita di hotel tidak
sepatutnya dijadikan kayu pengukur dalam menentukan kejayaan prinsip
wasatiyyah oleh kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, kerajaan menggunakan Indeks Syariah Malaysia bagi menilai
pelaksanaan maqasid syariah dalam pentadbirannya.
“Beberapa insiden ini untuk kita tidak menafikan indikasi yang perlu
kita ambil perhatian, namun secara saintifiknya, kita tidak lihat kepada
satu dua perkara.
“Mungkin ramai yang mendakwa mereka sudah lakukan kebaikan kepada negara dan negeri masing-masing, namun apakah buktinya?
“Jadi, sebab itu melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) yang
diperkenalkan, kita mengukur kementerian yang melaksanakan hal-hal yang
menjadi tanggungjawab dalam maqasid syariah dan pelaksanaan mengikut
wasatiyyah," katanya pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dalam
sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Soalan tambahan itu dikemukakan ahli parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali yang meminta kerajaan menyatakan sejauh manakah keberkesanan
prinsip wasatiyyah yang dilaksanakan berikutan dua isu tersebut.
Katanya, masyarakat diseru untuk melihat secara keseluruhan prinsip
berkenaan serta konsep maqasid syariah yang diamalkan di negara ini.
Ujar beliau lagi, konsep wasatiyyah adalah pendekatan sederhana dan
berada di tengah-tengah dua unsur iaitu ekstrem dan libral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan