KUANTAN: Seorang ahli perniagaan cedera leher akibat ditembak tiga
penyamun di kediamannya dekat Jaya Gading, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.58 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun itu
dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini bagi rawatan lanjut.
Memetik sumber yang dilaporkan BH Online, suspek yang melihat mangsa
terbaring atas lantai bergegas melarikan diri dengan menaiki sebuah
kereta PERODUA Axia.
"Seorang daripada suspek tercicir dompet, namun hasil semakan lanjut
mendapati dia dipercayai seorang anggota polis yang bertugas di Ibu
Pejabat Polis Daerah Kuantan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes mengikuti Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan