HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Disember 2018

Bekalan petrol, diesel seluruh negara mencukupi – KPDNHEP

THE MALAYSIAN TIMES
 


SEREMBAN: Pengguna lebuh raya dinasihati tidak perlu panik kerana bekalan diesel dan petrol di seluruh negara mencukupi susulan pemeriksaan ke atas 1,757 stesen minyak setakat semalam, mendapati stok minyak tidak akan kering.

Ketua Seksyen Bekalan Harga Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya Abd Hafidz A Rahim berkata seramai 2,300 pegawai penguat kuasa terlibat dalam operasi pemeriksaan stesen minyak yang bermula 26 Dis lepas hingga Ahad ini.

“Kami beri jaminan bekalan petrol dan diesel terutama di Lebuhraya PLUS dan lebuh raya Karak serta jalan utama di seluruh negara mencukupi.

“KPDNHEP juga memberi amaran supaya stesen minyak jangan kehabisan bekalan untuk pengguna dan pastikan bekalan sentiasa ada dan dijual pada harga yang ditetap kerajaan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata stesen minyak yang didapati dengan sengaja tidak menjual petrol dan diesel atau menutup stesen minyak tanpa kebenaran KPDNHEP akan diambil tindakan.

“Jika perniagaan stesen minyak terputus bekalan atau ‘stock out’, ia merupakan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat sesuatu lesen.

“Pengusaha stesen yang gagal memastikan bekalan mencukupi boleh dikenakan denda di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Abd Hafidz berkata di bawah akta tersebut, sekiranya didapati bersalah, individu boleh didenda maksima RM1 juta atau penjara maksima tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak lebih RM2 juta dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM5 juta.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan berkala di kesemua 3,682 stesen minyak seluruh negara termasuk yang tidak berjenama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak.

“Semua pengusaha minyak yang dah diperiksa memberi kerjasama yang amat baik kepada pihak kami dan mereka juga akan memastikan bekalan minyak sentiasa ada dan mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan Zubir Hamsa berkata setakat semalam, sebanyak 43 stesen minyak telah diperiksa di negeri ini dan tiada stesen minyak yang dikesan mengalami masalah bekalan.

“Setakat hari ini, tiada sebarang aduan atau pemakluman berkaitan stesen minyak yang kehabisan bekalan atau mengalami ‘stock out’ yang diterima oleh Pejabat KPDNHEP negeri.

“Semua pengusaha stesen minyak diberi peringatan supaya mengawal selia bekalan petrol dan diesel agar sentiasa ada dan mencukupi untuk jualan harian seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat lesen,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia menyuarakan kebimbangan pengguna berdepan masalah bekalan petrol dan diesel apabila tangki simpanan di stesen minyak dijangka kering pada 1 Jan ini.

Situasi itu dilaporkan berpunca daripada pengusaha stesen minyak tidak mahu menambah simpanan pada harga mahal namun dijual pada harga murah susulan pengumuman bahawa kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk petrol RON 95 pada harga lebih rendah bermula 1 Jan ini.—Bernama

Larangan merokok di premis makanan berkuat kuasa tengah malam ini

THE MALAYSIAN TIMES
 



KUALA LUMPUR: Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa 12 tengah malam ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata larangan tersebut selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 bagi melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok.

Menurutnya Kementerian Kesihatan sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok dan produk merokok yang lain.

“Orang ramai adalah diminta untuk tidak merokok di semua tempat makan sama ada berhawa dingin dan tidak berhawa dingin. Ini termasuklah di dalam dan luar bangunan kawasan kedai makan, restoran dan medan selera.

“Larangan ini juga meliputi semua gerai makan dan kenderaan bergerak yang menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk makan dan minum serta semua restoran yang berada di atas kapal dan kereta api,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut menasihatkan semua pemilik dan pengusaha premis makanan supaya mempamerkan tanda larangan merokok yang jelas dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan tiada individu merokok dengan tidak menyediakan kemudahan seperti bekas abu rokok.

Mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Bagi semua pemilik, pengusaha atau tuan punya permis atau kenderaan yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok yang jelas boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sementara itu, bagi kesalahan gagal memastikan tiada orang merokok dan menyediakan kemudahan untuk merokok boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga setahun.—Bernama

Petunjuk ekonomi sangat menggalakkan – Guan Eng

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Petunjuk ekonomi sangat menggalakkan walaupun ekonomi sangat menggalakkan walaupun kerajaan Pakatan Harapan masih baru, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Antara lain, beliau berkata pelaburan langsung asing Malaysia meningkat sebanyak 250 peratus kepada RM49 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018 manakala eksport mencatat rekod apabila meningkat ke paras RM96.4 bilion.

Inflasi pula rendah pada 1.2 peratus dalam tempoh Januari-September 2018, kata Lim.

“Kita wajar mengambil perhatian bahawa keadaan ekonomi global menghadapi cabaran yang lebih teruk berbanding dengan yang kita hadapi di Malaysia dan oleh itu, kita yakin jika rakyat bersatu padu, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, kita akan menjadi kuat dan stabil sebagai sebuah negara dalam menangani semua cabaran ekonomi masa depan,” katanya dalam ucapan Tahun Baharu 2019 menerusi Facebook Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Beliau berkata kerjaan Pakatan Harapan mahu memenuhi aspirasi rakyat sebaik mungkin.

Lim berkata kerajaan berhasrat untuk menambah baik skim kebajikan seperti Dana Perlindungan Kesihatan, yang membolehkan individu dalam segmen B40 yang dimasukkan ke hospital kerajaan memohon pembayaran sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari setahun atau bersamaan RM700.

“Kesejahteraan ekonomi rakyat akan terus ditekankan oleh kerajaan, dan kerajaan akan terus memberi bantuan kepada peneroka Felda, penoreh getah, dan mereka yang bekerja di bandar-bandar kecil dan bandar-bandar.

“Kami adalah kerajaan untuk semua warga Malaysia. Tahun baharu perlukan aspirasi baharu untuk semua, dan marilah kita bersama-sama menjadikan 2019 sebagai tahun untuk Malaysia pulih selain memberi cahaya harapan untuk anak-anak kita. Selamat Tahun Baharu 2019,” katanya.—Bernama

Kad pas tanpa had diaktifkan hari ini

Mohd Zaini Samsu Hadi
 
 xMGF01112018_HUMAN-INTEREST-BAJET-2019_18-681x454




KUALA LUMPUR – Pemegang pas perjalanan tanpa had MY100, MY50 boleh menggunakan kad itu sepenuhnya bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan, RapidKL berkata, pengaktifan kad tersebut sekaligus memberikan keeselesan dan kemudahan kepada orang ramai untuk meraikan sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada malam ini.

Menurut kenyataan itu, pemegang pas berkenaan juga akan mendapat penjimatan terhadap tambang ketika menggunakan kesemua perkhidmatan yang disediakan oleh RapidKL.

“Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1 Disember lepas, sambutan yang diberikan adalah amat baik dengan kira-kira 20,000 pengguna sudah mendaftar untuk melanggan pakej berkenaan.

“Kami jangkakan lebih ramai akan membuat langganan masing-masing,” kata kenyataan itu.

RapidKL berkata, ia merupakan satu inisiatif besar oleh Kerajaan dalam usaha menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandaraya.

Orang ramai yang berminat boleh membuat langganan dengan hanya perlu membawa kad pengenalan MyKad dan kad MyTentera untuk anggota tentera ke mana-mana stesen LRT, MRT, BRT atau monorel untuk mendaftar.

Pengguna juga boleh membuat langganan dengan membuat pendaftaran di lima hab bas Rapid KL; iaitu di hab bas Pasar Seni, Terminal Kajang, Greenwood, Sri Nilam dan has bas Seksyen 2, Shah Alam. Ini khususnya bagi mereka yang berhasrat melanggan pakej My50. – MalaysiaGazette


Najib bayangkan cabaran getir tahun depan

Mohd Zaini Samsu Hadi

xMGF02112018_BELANJAWAN-2019_34-681x454
Najib Razak
 

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membayangkan cabaran getir yang akan dihadapi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tahun 2019.

Menerusi Facebook, ahli Parlimen Pekan itu menggariskan beberapa perkara yang sekarang ini dihadapi oleh kerajaan dan akan terus ditempoh pada tahun depan.

Antara perkara itu, katanya, kesan kejatuhan mata wang dengan rezab yang berkurangan serta masalah terhadap pelaburan asing.

“Bukan sahaja hal berkaitan ekonomi negara yang menjadi kebimbangan rakyat tetapi juga soal perpaduan kaum ekoran daripada insiden rusuhan di Kuil Sri Mariaman di Seafield yang lalu.

“Tahun 2019 mungkin lebih mencabar daripada segi pengurusan ekonomi kerana rata-rata rakyat mengeluh terhadap janji-janji yang belum tertunai oleh kerajaan PH,” katanya menerusi laman sosialnya hari ini.

Menurut Najib lagi, rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan ia merupakan tanggungjawab kerajaan untuk mengatasinya.

Malah, masalah kehilangan pekerjaan oleh sebahagian besar pekerja pada ketika ini menjadi salah satu daripada kebimbangan yang perlu diambil berat oleh kerajaan agar tidak terus menggusarkan rakyat.

“Bagaimanapun saya berharap dan mendoakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia pada tahun hadapan.

“Marilah kita bekerjasama untuk meningkatkan lagi keaharmonian dan kestabilan negara kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa terkilan ekoran dasar transformasi nasional yang dilhamkan olehnya kerana tidak dapat dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.

Meskipun kata beliau, keberhasilan terhadap perkara itu pernah dirasai sebelum ini namun ia tidak lagi diteruskan oleh kerajaan ketika ini.

Justeru, beliau berharap agar rakyat Malaysia terus cekal dan tabah dalam menghadapi cabaran yang mendatang. – MalaysiaGazette


Bersih 2.0 kecam Abdul Rashid, ingatkan Bersatu apa yang berlaku pada PRU-14

Wartawan MalaysiaGazette

Abdul Rashid
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberi ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam kenyataan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengarahkan pemberian kontrak secara kronisme dan rundingan meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata, ini kerana mentadbir kerajaan bukannya satu anugerah, sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada ahli politik oleh penduduk.

Katanya, mereka perlu berkhidmat dengan tekun, berkesan dan jujur dan pengundi akan memperbaharui kontrak setiap lima tahun.

“Bersih 2.0 terkejut dengan cadangan yang dilakukan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa parti itu seharusnya menggunakan kedudukannya sebagai kerajaan hari ini untuk menyalurkan sumber-sumber dan projek-projek kepada ketua cawangan untuk membolehkan mereka memenangi pilihan raya ‘dengan cara apa jua’.

“Adakah Tan Sri dan perwakilan yang bersorak lupa dengan pantas mengapa rakyat Malaysia menolak kerajaan UMNO/Barisan Nasional tujuh bulan lalu

“Penyalahgunaan kuasa oleh elit pemerintah menerusi penyaluran sumber-sumber kerajaan, rasuah dan penaung politik membuatkan warga Malaysia bersatu untuk menyatakan ‘yang sudah sudahlah’ pada 9 Mei 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan ucapan penggulungan Abdul Rashid pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kedua semalam yang mendesak peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dikembalikan agar sistem itu memanfaatkan ketua cawangan dan bahagian parti.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah tersebut berupaya memastikan ketua bahagian dan cawangan mempunyai peruntukan mencukupi untuk menjalankan program bagi meraih sokongan pengundi.

Menurut Bersih 2.0, penyalahgunaan kuasa untuk mengkayakan diri sendiri akan menyebabkan penduduk negara ini mengambil kuasa daripada pemerintah dan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka yang terbabit.

Berikutan itu, Bersih 2.0 megalu-alukan tindakan Armada Bersatu yang dengan pantas menolak cadangan Abdul Rashid itu.

Katanya, pemimpin masa depan perlu memahami budaya rasuah perlu dibasmi. – MalaysiaGazette


Penetapan harga petrol mingguan ditangguhkan

Wartawan MalaysiaGazette
 
 xMGF06022017_STESEN-MINYAK02-681x455




KUALA LUMPUR –  Penetapan harga runcit bagi produk petroleum secara mingguan yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini akan hanya dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baru 2019.

Berikutan itu, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing dikekalkan buat masa beberapa hari ini pada paras RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu Kabinet mengambil kira pandangan semua berkepentingan serta perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.

Menurutnya, PDAM meminta kerajaan meneliti semula kadar Margin Pengusaha Stesen Minyak yang merupakan salah satu komponen di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang pada masa ini digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum.

“Sehubungan itu, pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri yang akan bermesyuarat pada 2 Januari 2019 dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, akan diperolehi ke atas permintaan PDAM dan juga memastikan penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam sebelum pelaksanaan penetapan harga runcit petrol secara minggu yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2019.

Guan Eng berkata, Mahathir juga akan bertemu dengan PDAM dalam masa terdekat ini.

Jelasnya, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan dasar penstabilan harga runcit dan pada masa yang sama melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.

Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna memperolehi manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi.

Pengekalan harga pada paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subsidi petrol RON95 secara bersasar pada pertengahan tahun 2019, sebelum harga runcit produk petroleum diapungkan mengikut harga pasaran.

Mekanisme penetapan harga petroleum diumumkan oleh Guan Eng selepas banyak pihak mempersoalkan kerajaan yang mengenakan harga petrol yang tinggi sedangkan harga minyak mentah global menjunam sejak dua bulan lalu.

Harga minyak dunia susut dipacu oleh ketidaktentuan ekonomi dunia dan lebihan bekalan di pasaran.
Bagaimanapun, keputusan Kementerian Kewangan untuk melaksanakan penetapan harga itu disifatkan oleh PDAM sebagai memerangkap pengusaha-pengusaha stesen minyak kerana mereka terpaksa beli pada harga yang tinggi tetapi menjual pada harga rendah.

Susulan itu, mereka mahu kerajaan mengkaji kaedah terbaik dengan mencadangkan Mekanisme Jaminan Margin Pengusaha (DGM) atau penjualan secara Konsainmen.

Di bawah sistem DGM, sekiranya harga minyak menurun selepas stesen minyak membuat pesanan minyak, syarikat minyak akan membuat bayaran gantian kepada stesen minyak.

Ini bermakna stesen minyak akan mendapat pampasan daripada syarikat minyak sekiranya mereka mengalami kerugian.

Bagaimanapun sekiranya harga minyak meningkat selepas stesen minyak membuat pesanan, stesen akan membayar bayaran gantian kepada syarikat minyak. – MalaysiaGazette


‘Persaingan Anwar, Dr M’ boleh bawa binasa - Pensyarah

MALAYSIAKINI


Persaingan kepimpinan nasional pentadbiran Pakatan Harapan (PH), khususnya antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang disebut sebagai bakal penggantinya memberi kesan tidak stabil terhadap negara.

Hal ini dijelaskan Profesor Madya Sains Politik di John Cabot University di Itali, Bridget Welsh dalam ulasannya kepada Malaysiakini.

"Selain masalah ekonomi, tanggapan mengenai langkah kerjasama sehinggalah persaingan di kalangan elit politik, terutama antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim mengenai kepimpinan nasional menjejaskan kestabilan.

"(Keadaan) sebelum dan selepas pemilihan PKR yang menyaksikan pertarungan dan perebutan kedudukan yang remeh tidak menimbulkan keyakinan bahawa parti ini boleh mentadbir dengan berkesan dan melaksanakan pengundian yang menghormati proses yang adil.

"Tindakan Bersatu yang mengambil para pemimpin Umno yang tercemar juga menimbulkan keseimbangan hubungan yang rumit ini,” jelas beliau dalam tulisan berjudul Hopes and Heroes: Malaysia in 2018.

Belajar urus konflik

Welsh juga mengatakan para pemimpin PH perlu belajar menguruskan hal ehwal dalaman parti
“Para pemimpin Harapan tidak mengambil pengajaran bahawa konflik dalaman perlu disimpan di dalam parti… Kelihatan mereka memilih untuk menumpukan mengenai (persaingan) kedudukan antara satu sama lain, bukannya meletakkan kedudukannya (sebagai pemimpin) untuk rakyat.

Perebutan kuasa yang berterusan ini membinasakan kerana mereka telah kembali kepada taktik lama "pecah dan perintah" dan melalaikan pemimpin daripada melaksanakan amanah sebagaimana mandat undi yang diberikan kepada mereka, iaitu untuk mentadbir,” tulisnya.

Welsh berkata pentadbiran PH bukan sahaja berhadapan cabaran politik dalam negara tetapi juga keadaan dunia yang tidak menentu.
“Bukan sahaja kerajaan baru menghadapi cabaran politik domestik yang serius dan persepsi orang ramai yang (pentadbiran) ini tidak melaksanakan (janji)nya, tetapi Mahathir juga kembali berkuasa dalam keadaan global yang tidak menguntungkan, di mana ketidakpastian dan kelembapan ekonomi dunia boleh dikatakan paling serius dan meramalkan tahun hadapan yang sukar,” katanya yang juga penyelidik kanan di Center for East Asia Democratic Studies, National Taiwan University dan The Habibie Center, Indonesia.

Bagaimanapun, Welsh berkata pencapaian PH dalam masa kurang dari lapan bulan juga merupakan suatu “tindakan keperwiraan (heroic)” dan mengembalikan “maruah Malaysia di pentas antarabangsa.”

“Pencapaian ini dalam masa kurang daripada lapan bulan tidak boleh dipandang ringan dan dari perspektif global memang suatu tindakan heroic.

“Mereka memperkuat hakikat bahawa harapan dapat membuahkan hasil,” katanya.

Antaranya beliau menyebut pengukuhan semak dan imbang, parlimen yang lebih kuat, penggurangan kuasa perdana menteri, penguatkuasaan antirasuah, meningkatnya profesionalisme pelantikan penjawat awam seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pejabat Peguam Negara.

“Sekiranya Malaysia mengikuti jalan peningkatan hutang dan salah urus (pentadbiran terdahulu), kesan negatif akan menjadi jauh lebih besar kepada generasi akan datang,” katanya lagi.


MAHB kesal tikus berkeliaran di KLIA2

MALAYSIAKINI

   
Rakaman klip video yang memaparkan seekor tikus berkeliaran di ruang menunggu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mendapat perhatian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selepas ia dilaporkan media.

MAHB melalui kenyataan hari ini berkata, pihaknya kesal dengan perkara berkenaan dan berjanji akan mengambil tindakan segera.

“Ingin ditegaskan bahawa pihak kami mengambil serius aduan ini dan sebaik sahaja dimaklumkan.

“Langkah pembasmian tambahan telah diambil dengan meletakkan sejumlah perangkap tikus di kawasan yang terbabit serta dengan menjalankan pemeriksaan tambahan untuk menutup mana-mana laluan yang mungkin bagi haiwan perosak memasuki bangunan terminal,” menurut kenyataan tersebut.

Semalam, media melaporkan perkongsian seorang pengguna media sosial yang memuat naik klip video yang dirakam pada 28 Dis lalu memaparkan seekor tikus berkeliaran di ruang menunggu KLIA2.
 
Isu kebersihan di lapangan terbang tersebut sudah beberapa kali dipersoalkan.

Minggu lalu, tular di laman sosial video dimuat naik Ketua Perhubungan AirAsia, Mohd Aziz Laikar yang menunjukkan sebuah tong sampah dipenuhi ulat di balai berlepas KLIA2.

Susulan itu, MAHB membuat laporan polis dan Aziz dipanggil memberi keterangan kerana didakwa mencalar imej MAHB. Bagaimanapun, janji temu untuk mengambil keterangan tersebut dibatalkan pada saat akhir.

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes membidas tindakan MAHB dalam menangani isu berkenaan.

"Sangat merepek dan menyedihkan apabila dengan semua perubahan yangs edang berlaku di Malaysia, dalam kebebasan membuat pilihan dan bersuara, MAHB kekal dengan cara lama.

"Ini bukan kali pertama kami dilapor kerana mengatakan kebenaran, mereka (MAHB) sentiasa menggunakan budaya membuli dan menakut-nakutkan. Kami tidak bersetuju dengan sikap itu," kata Tony Fernandes melalui Facebook 24 Dis lalu.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata pihaknya di bawah seliaan Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan aktiviti pengawalan serangga secara berkala dua minggu sekali di seluruh bangunan terminal bagi membasmi serangga dan haiwan perosak.

Anak Azmin padam gambar cuti dengan keluarga Hisham

MALAYSIAKINI

   

Anak menteri ekonomi Azmin Ali, Ameer, memadamkan gambar percutian keluarganya dengan bekas naib presiden Umno Hishammudin Hussein yang bercuti di Maghribi.

Ia dipadamkan di Twitter selepas media membuat spekulasi ia berkaitan dengan dakwaan perpecahan dalaman PKR.

Ameer pada mulanya memuat naik gambar percutian keluarga itu yang antaranya menunjukkan Azmin dan Hishammudin sedang berjabat tangan dengan kapsyen:

“Keluarga kami bersatu semula.’’

Ameer juga dilapor memuat naik video di media sosial memaparkan kedua-dua keluarga menikmati hidangan makanan seperti udang kara di sebuah resort dengan Azmin dan Hishammudin sedang berbual.

Seramai 17 orang dilaporkan menyertai rombongan percutian itu merangkumi tiga generasi daripada kedua-dua keluarga.


Saiful: Tajaan program Anwar diisytihar atau tidak?

MALAYSIAKINI

   

Bekas calon PRK Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan mempersoalkan program Presiden PKR Anwar Ibrahim ketika pilihan raya kecil itu.

Saiful bertanya jika tajaan sebuah syarikat kepada Anwar telah diisytihar dalam laporan kewangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Beliau mendakwa di Instagram taja lima program DSAI. Adakah sumbangan lima program itu di isytihar dalam laporan kewangan calon pada SPR?

"Perlu ingat, jumlah yang dibenarkan untuk seorang calon berkempen tidak melebihi RM200,000.
Dan adalah menjadi satu kesalahan jika tidak isytihar pada SPR dan berbelanja melebihi had yang dibenarkan,” kata Saiful pada hantaran di Facebook hari ini.

Saiful, yang kini berumur 33 tahun pernah bekerja di pejabat Anwar sehingga terlibat dengan kes liwat 2 pada 2008.

Selepas perbicaraan panjang di mahkamah, Anwar dimasukkan penjara pada Januari 2015.

Bagaimanapun, susulan pertukaran kerajaan pusat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Anwar pada 16 Mei lalu dibebaskan melalui pengampunan diraja.

Sinar Harian pada 28 Disember lalu melaporkan pemilik syarikat itu mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didakwa memfitnahnya.

Pemilik syarikat itu mengakui syarikatnya menaja program Anwar Ibrahim ketika PRK Port Dickson.

Selain Anwar dan Mohd Saiful Bukhari, lima lagi calon mencuba nasib pada PRK ini iaitu calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta empat calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad.

Bomba: Keadilan untuk Adib walau apa jua cara

 
   

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.

Ketua Pengarah JPBM Muhamad Hamdan Wahid berkata jabatan itu juga tidak mahu ada halangan dalam usahanya memperjuangkan keadilan untuk Muhammad Adib.

“Kita tunggu inkues, macam mana perjalanannya kerana telah ditetapkan (kes Muhammad Adib) dibuat sebagai inkues.

“Kita berdoa keadilan dapat dicapai untuk Muhammad Adib,” katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.

Terdahulu beliau melawat dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu yang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan semasa operasi memadamkan kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheng malam tadi.

Muhammad Adib, 24 meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara, selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa susulan kecederaan parah yang dialami akibat diserang dan dipukul kumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada penghujung bulan lepas.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilaporkan berkata, inkues akan diadakan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib selepas Peguam Negara Tommy Thomas mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk polis.

Sementara itu, Muhamad Hamdan berkata dua anggota bomba yang cedera terbabit ialah Nurulhashima Affandi, 25, yang mengalami tisu koyak di bahagian kaki serta cedera di beberapa bahagian badan dan Nornikman Mamat, 39, yang cedera ringan.

Kedua-duanya sudahpun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan, katanya menambah kedua-dua mereka cedera dihempap dinding pemisah di bahagian bumbung rumah ketika melakukan kerja-kerja penggeledahan selepas api berjaya dipadamkan.

Katanya kebakaran tersebut berlaku kira-kira 10.25 malam dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

Sementara itu, Nuruhashima berkata kejadian berlaku ketika beliau menaiki tangga ke tingkat satu untuk memeriksa tingkat atas rumah berkenaan.

“Ketika saya berada di atas tangga, tiba-tiba ketulan batu daripada dinding atas pemisah rumah runtuh dan menimpa saya. Sebahagian daripada runtuhan menutupi badan dan ketika itu juga seorang lagi rakan setugas ditimpa sewaktu cuba membantu saya,” katanya yang berkhidmat selama enam tahun di BBP Jalan Kubu.-Bernama


Tahun 2019: Apa rakyat dapat dari k'jaan baru?

MALAYSIAKINI

   

Beberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu, manakala sebahagian yang lain akan diteruskan.

Walaupun beberapa inisiatif kerajaan terdahulu dimansuhkan, sebahagian program yang memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diteruskan selepas ia dijenamakan semula.

Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diubah namanya kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membolehkan isi rumah berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bayaran RM1,000 mulai 1 Jan.

Selain itu kerajaan juga membekukan kenaikan tol untuk semua lebuh raya dan penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang dan Tambak Johor pada tahun 2019.

Kumpulan B40 akan mempunyai peluang untuk memiliki rumah buat kali pertama melalui dana RM1 bilion di bawah Bank Negara Malaysia.

Pembeli rumah kali pertama pula akan dikecualikan duti setem untuk hartanah berharga antara RM300,001 dan RM1 juta.
Bagi kumpulan B40 yang memiliki kereta dan motosikal dengan kapasiti masing-masing 1,500 cc dan 123 cc, akan terus menikmati subsidi minyak RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Kumpulan ini juga mendapat pelan insurans yang dipanggil Skim Perlindungan Nasional B40 pada 1 Jan yang akan merangkumi 36 penyakit kritikal, di mana penerima akan memperoleh bayaran sehingga RM8,000.

Kerajaan juga merancang mengharamkan perokok merokok di semua restoran tahun depan dan mereka yang melanggar arahan ini boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara.

Pengguna perkhidmatan rel dan bas RapidKL pula berpeluang menerima pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan mulai 1 Januari 2019. 

Manakala pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL.
Tahun ini juga menjadi tahun sukar bagi majikan kerana peningkatan kos operasi berikutan usaha kerajaan menyeragamkan dan meningkatkan gaji minimum di seluruh negara kepada RM1,100 sebulan menjelang Januari.

Angka ini mewakili kenaikan RM50 daripada gaji minimum RM1,000 di Semenanjung dan peningkatan RM130 daripada gaji minimum RM920 di Malaysia Timur.

Pekerja asing pula diwajibkan membayar 80 peratus daripada levi tahunan sebanyak RM10,000, dengan bakinya 20 peratus dibayar oleh majikan

Kerajaan juga akan mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara bermula 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Minggu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan semula mekanisme penentuan harga petrol secara mingguan mulai tahun depan.
Di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan premis hiburan mematuhi arahan tutup jam 1 pagi pada Januari, atau berisiko menghadapi tindakan. Berikutan itu, kerajaan Selangor berazam untuk melaksanakan peraturan itu.

Di bidang pendidikan, peperiksaan bagi murid tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan mulai tahun 2019 untuk digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.

Pemakaian kasut hitam di sekolah juga akan dilaksanakan apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 2 Januari dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang 2021.

Kementerian Pendidikan juga membenarkan kanak-kanak yang tidak memiliki kerakyatan, termasuk pelarian untuk belajar di sekolah kebangsaan tahun depan.
Sementara itu, Kerajaan akan memperkenalkan duti eksais untuk minuman bergula berkuat kuasa 1 April tahun depan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga memansuhkan pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan menggantikannya dengan skim baru membabitkan 185,000 isi rumah yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.

Begitu juga, kerajaan negeri Selangor hanya akan memberikan 25 meter padu air percuma kepada kumpulan B40 berbanding keseluruhan isi rumah yang menikmati air percuma pada masa ini.

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun atas alasan sambutan untuk program itu agak rendah.

Kerajaan negeri Selangor juga akan menamatkan Tabung Warisan Anak Selangor, yang lebih dikenali sebagai Tawas tahun depan.

Sementara itu, Tabung Harapan yang dilancarkan kerajaan baru untuk mengutip derma daripada rakyat yang ingin meringankan beban kewangan kerajaan, akan menamatkan kutipan pada 31 Disember.


Ahad, 30 Disember 2018

Rogol gadis bawah umur bergilir-gilir, 7 remaja didakwa

Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani
Rogol gadis bawah umur bergilir-gilir, 7 remaja didakwa
Tujuh remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Alor Setar atas 16 pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur secara bergilir-gilir pada September tahun lepas. -Astro AWANI
 

ALOR SETAR: Tujuh remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Alor Setar atas 16 pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur secara bergilir-gilir pada September tahun lepas.

Kesemua suspek berusia di antara 15 dan 18 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Pendang.

Enam tertuduh yang masih bersekolah itu didakwa di Mahkamah Majistret manakala seorang tertuduh berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen, Alor Setar.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua remaja berkenaan mengenali mangsa berusia 13 tahun itu melalui aplikasi mudah alih WeChat.

Perbuatan remaja lelaki itu terbongkar apabila bapa mangsa menyedari kehilangan barang kemas di rumahnya sebelum menyoal anak perempuannya itu hingga membawa kepada penahanan kesemua suspek.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bersama Seksyen 376(1) akta sama.

Empat tertuduh membuat pengakuan bersalah atas tuduhan merogol remaja perempuan itu, manakala tiga lagi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Tertuduh berusia 18 tahun dibenar diikat jamin dengan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan ke atasnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Syukur, manakala pendakwaan ke atas enam lagi tertuduh dikendalikan Siti Norhasliza Md Ali.

Tarikh 31 Januari 2019 ditetapkan untuk laporan akhlak dengan fakta perintah terhadap empat tertuduh, dan serahan dokumen tiga lagi tertuduh ditetapkan pada 30 Januari depan.

Rafizi atau Azmin perlu undur, elak kemelut PKR meruncing - Penganalisis

Firdaus Alauddin, Astro Awani
Rafizi atau Azmin perlu undur, elak kemelut PKR meruncing - Penganalisis
Ketegangan ini mungkin berlaku berikutan ketidaksefahaman di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli. -Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Keputusan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat melantik Rafizi Ramli sebagai naib presiden yang baharu boleh mencetuskan pergolakan dalam parti itu.

Menurut penganalisis politik Universiti Malaya, Mohammad Tawfik Yaakub, ketegangan ini akan berlaku berikutan ketidaksefahaman di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

“Bagaimana dua seteru yang bertanding untuk jawatan timbalan presiden ini boleh bekerja antara satu sama lain.

“Mampukah Anwar sebagai Presiden PKR mengawal kedua anak muda ini untuk bersuara dalam organisasi parti secara bebas,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik berkata jalan terbaik ialah melalui pengunduran salah seorang kepimpinan sama ada Rafizi mahupun Mohamed Azmin.

 “Rafizi boleh memberikan ruang lebih besar kepada Azmin untuk memajukan PKR bersama Anwar.

“Sekiranya Rafizi tidak menyertai PKR sebagai naib presiden, itu tidak menjadi masalah dan dia masih boleh membantu PKR,” katanya.

Menurutnya, Rafizi dapat membantu PKR menerusi kaedah lain, misalnya memberikan idea kepada parti melalui perbincangan bersama parti.

Sementara itu, menurutnya, Mohamed Azmin juga boleh cuba menyesuaikan diri dengan keputusan yang dibuat Anwar atau keluar parti.

“Beliau juga boleh mengambil tindakan yang drastik dengan meninggalkan parti ataupun membuka parti PKR baharu.

“Azmin boleh bawa para penyokongnya menyertai parti baharu dan ini tidak menjadi masalah," katanya lagi.

Pelantikan Rafizi Ramli ke jawatan asalnya selaku naib presiden dilihat menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kem Azmin selepas pertarungan sengit ketika merebut jawatan Timbalan Presiden PKR baru-baru ini.

Azmin berkata pelantikan beberapa individu tertentu dalam kepimpinan tertinggi parti, seperti yang diumumkan Anwar, dilihat tidak mencerminkan prinsip ‘fair and just representation’.

Namun, Anwar bertegas dengan keputusannya selain menyifatkan pelantikan yang dilakukan itu bersifat inklusif dan bertujuan melindungi kepentingan semua ahli parti dan bukan hanya satu pihak.

BACA: Rafizi Ramli dilantik Naib Presiden PKR

BACA: Rafizi ucap terima kasih, akan balas mesej yang diterima



Maszlee, Rina, Syed Saddiq jadi bahan Tun Mahathir

Muhammad Azizul Osman

xMGF30122018_PERHIMPUNAN-PPBM48-681x454
Gelagat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa memberi ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
 

PUTRAJAYA – Menutup ucapan penggulungan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan isu yang dihadapi oleh beberapa menterinya sebagai bahan jenakanya.

Dalam nada seloroh, Dr Mahathir berkata beliau bimbang Menteri Pendidikan, Maszlee Malik akan dicemuh dan dikritik berdasarkan isu semasa yang di depani beliau.

“Menteri Pendidikan tadi telah jawab panjang dan lebar, saya khuatir dia kena belasah lagi, dah la (sekarang) isu kasut hitam orang tidak suka, modul berenang pun tidak boleh.

“Ini nak bercakap di khalayak yang ramai ini, orang ini bukan senyap-senyap sahaja, silap cakap dia akan akhirnya ucapan terus,

“Tapi Alhamdulillah Menteri Pendidikan dapat banyak tepukan.

“Demikian juga dengan Rina Harun, saya khuatir tapi ramai juga yang tepuk, pada Syed Saddiq saya tidak payah kata apa, itu kerja dia berucap.

“Cakap adalah kerja Syed Saddiq, lebih daripada saya bercakap,” katanya menerima tepukan daripada pada perwakilan.

Maszlee ketika itu membahaskan Ucapan Dasar Pengerusi.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu didepani pelbagai isu antaranya pelaksanaan kasut dan stokin hitam di peringkat sekolah.

Julai lalu, Maszlee mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah akan bermula tahun depan.

Ketiga-tiga mereka dilantik menyertai Kabinet Dr Mahathir pada 2 Julai lalu di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan, Datuk Ser Rina Harun dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. -MalaysiaGazette.


Perwakilan Bersatu cadang Dr M kekal PM hingga PRU15

 
   

AGM BERSATU | Salah seorang perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mencadangkan agar jawatan perdana menteri yang disandang Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15. 

Menurut sumber, cadangan itu dibuat perwakilan Kelantan, Zulkifli Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar presiden parti, Muhyiddin Yassin.

"Ada orang cadang, tak adalah sampai lapan perwakilan yang cadang, tapi pertama sekali yang keluar daripada Kelantan.

"Ini kumpulan orang lama yang cadangkan," kata sumber itu kepada pemberita di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Untuk rekod, Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini dinamakan sebagai individu yang akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Cadangan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal berikutnya juga pernah dibangkitkan sebelum ini oleh Bersatu Setiawangsa.

Bagaimanapun, pada 3 Nov lalu, Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas dua tahun.

Sementara itu, bagi usul hari ini, ia disahkan oleh salah seorang Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu yang enggan namanya didedahkan.

Beliau juga mengulangi pendirian Bersatu untuk menyokong peralihan kuasa yang telah dipersetujui sejak penubuhan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.


'Usul PM sepenggal perlu di bawa ke Majlis Presiden PH'

 
   

AGM Bersatu |  Cadangan agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri selama sepenggal perlu dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Seperti yang saya tekankan sebelum ini saya rasa usul-usul seperti ini memang datang daripada akar umbi dan harus dibincangkan dalam majlis presiden PH.

“Pemuda Bersatu akan beri sokongan penuh kepada Tun mengikut cita rasa Tun. Kita kena dengar (pandangan) Tun dan kita akan sokong Tun,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Beliau merujuk kepada cadangan daripada Bersatu bahagian Setiawangsa agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal berikutnya.


Kata Syed Saddiq, perkara itu bukanlah pertama kali dibangkitkan.

Sebelum ini Anwar dinamakan Mahathir sebagai individu yang akan menggantikannnya sebagai perdana menteri.

Cadangan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal berikutnya juga pernah dibangkitkan sebelum ini oleh Bersatu bahagian Setiawangsa.

Bagaimanapun, pada 3 Nov lalu, Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas dua tahun.

Berkongsi pendapat senada, Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berpendapat perdana menteri perlu diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk memperbetul keadaan negara yang teruk sebelum menyerahkan jawatannya kepada pengganti.

“Ya saya sendiri secara peribadi memanglah rasa ia satu cadangan yang baik kerana sepertimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini kita mewarisi satu kerajaan yang teruk, hendak memulihkannya bukan satu perkara yang mudah,” katanya.

Seperti Syed Saddiq, anak lelaki Mahathir itu bersetuju agar perkara tersebut dibawa untuk dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH.

Tak bercanggah rancangan lantik Anwar

Disoal sama ada usul itu bercanggah dengan rancangan bagi melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas dua tahun PH membentuk kerajaan, Mukhriz menafikannya.

“Setakat apa yang saya tahu ia tidak kontradik kerana kita masih merancang untuk Anwar menjadi perdana menteri selepas Mahathir, isunya adalah waktu.
“Kita pastikan semua apa yang kerajaan perlu selesaikan dahulu, dan kemudian baru kita rasa selesa dengan situasi itu (untuk menyerahkan jawatan perdana menteri),” katanya lagi.

Terdahulu, salah seorang perwakilan dari Kelantan Bersatu mencadangkan agar jawatan perdana menteri yang disandang Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sehingga PRU-15.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, salah seorang anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu mengulangi pendirian Bersatu untuk menyokong peralihan kuasa yang telah dipersetujui sejak penubuhan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Naib presiden: Bodoh kalau tak guna sumber kerajaan

 
   

AGM BERSATU | "Pandangan bodoh" - kata Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman terhadap pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak agar parti itu dapat mengekalkan kuasa.

Rashid berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 hari ini, dan disambut dengan tepukan gemuruh.

Kata-kata itu selepas Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan membuat gesaan itu.

"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang.

"Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.

"Saya juga ketua bahagian, tetapi bernasib baik sebab perdana menteri bagi saya kerja, mampu pertahan bahagian saya. Tapi yang lain? Jangan cakap sombong...Ini pandangan yang stupid, bodoh," katanya.




Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu berkata beliau juga suatu ketika dulu tidak suka melakukan "apa yang patut dibuat".

"Tetapi sekarang saya dalam kandang politik, kita patut buat apa yang patut dibuat.

"Semua ketua bahagian mesti mendapat aktiviti (dan) peluang (bagi membolehkan mereka) mampu dari segi kewangan dan pertahankan kedudukan," katanya yang kini menjadi pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR).

Syed Saddiq sebelum itu dilihat tidak dapat menyembunyikan kemarahannya apabila menyifatkan gesaan perwakilan tersebut sebagai 'tak masuk akal'.

"Kalau layak guna saluran yang betul. Pergi tengok (perhimpunan) PKR, DAP, dan Amanah. Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?"

Selain jawatan dan kontrak, Ab Rashid juga menggesa kerajaan mengembalikan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk melaksanakan projek persekutuan di negeri pembangkang.

"Saya harap di Kelantan dan Terengganu...mesti dikembalikan semula JPP. Segala projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan mesti disalur ke JPP dan ketua-ketua bahagian mesti mendapat faedah daripadanya," katanya lagi.


Dr M: Bersatu akan terima nasib Umno jika pinggirkan orang baru

MALAYSIAKINI

   
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedih mendengar aduan bahawa terdapat ketua bahagian yang menghalang bakat baru memegang kepimpinan parti.

Menyifatkan bahawa aduan seumpama itu hanya biasa didengar dari kalangan pemimpin Umno, Mahathir mengingatkan bahawa amalan seperti itu boleh menyebabkan Bersatu menerima nasib sama seperti Umno.

"Saya berasa sedih tentang cerita-cerita bahawa ada ketua bahagian yang menyingkirkan orang yang sudah memegang jawatan dan tak sanggup terima orang baru, pasal kemungkinan orang baru lebih pandai daripada kita, dan jika ada pemilihan takut akan kalah.

"Dalam politik, ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Apabila kalah, kita terima, dan kita lawan sekali lagi. Tetapi untuk menentukan kita tidak kalah, maka kita tidak benar orang lain masuk, kita akan tinggal seorang diri sebagai ketua bahagian yang tiada ahli.

"Apabila itu berlaku, akhirnya parti kita akan hancur, dan dia juga tak akan jadi ketua bahagian lagi. Lihat apa yang jadi kepada Umno, boleh jadi kepada kita," katanya pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 di Putrajaya hari ini.

Jelas Mahathir, sebagai parti dalam kerajaan, anggota parti tetap akan mendapat manfaat.

Namun, katanya, sekiranya hilang kuasa, jawatan paling kanan sekali pun tidak akan meberi apa-apa makna.

Tragedi M.V Pulau Kidjang dan 47 nyawa yang ‘bersemadi’ di muara Tanjung Jerijeh



xMGF29122018_-PulauKidjang_06-681x454




TAK ramai yang tahu kisah tragedi yang mencatatkan sejarah hitam dalam kalendar negara pada awal pagi kira-kira 45 tahun yang lalu di muara Tanjung Jerijeh, Sarikei, Sarawak.

Tak siapa pernah menduga pelayaran kapal kargo dan penumpang, M.V.Pulau Kidjang, pada petang 26 Disember 1973 berakhir dengan tragedi menyayat hati kira-kira jam 4.00 pagi keesokan harinya.

Dibina pada tahun 1936 di Hong Kong, kapal tersebut asalnya dimiliki Syarikat Perkapalan Kidjang, Tanjung Pinang, Indonesia sebelum dibeli oleh Syarikat Perkapalan Messrs Central Shipping beralamat di Main Bazaar, Kuching dari sebuah syarikat perkapalan di Singapura.

MGF29122018_ PulauKidjang_03

Dalam tragedi tersebut, seramai 140 orang iaitu 110 penumpang dan bakinya 30 orang krew kapal terbabit dalam nahas maritim terburuk ini. Hanya 40 orang terselamat dan 53 mayat mangsa termasuk lima mayat anak kapal berjaya ditemui.

Manakala 47 mayat penumpang dan anak kapal gagal ditemui sehingga ke hari ini. Mereka termasuk enam sekeluarga yang berasal dari Sibu, Sarawak dipercayai terperangkap di dalam badan kapal malang tersebut.

Fenomena alam semulajadi, cuaca buruk ketika musim tengkujuh dan musim angin monsun timur laut dikaitkan sebagai punca utama tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

RAHSIA 42 TAHUN PIX 3

Bagaimanapun tiada laporan dikeluarkan mengenai kemungkinan cuaca buruk bagi tempoh 24 jam ketika M.V.Pulau Kidjang meninggalkan jeti K.T.S. Kuching pada 26 Disember 1973.

Kebanyakan mangsa yang terselamat terutamanya anak-anak kapal memberitahu sebelum kejadian berlaku, hujan turun dengan lebat.

Angin bertiup kencang diiringi ribut kuat dan keadaan ombak besar mengakibatkan laut bergelora.

Tanda awal keadaan cuaca buruk dirasai sebaik sahaja M.V.Pulau Kidjang keluar dari Muara Tebas seterusnya belayar ke Tanjung Po menuju Kuala Rajang.

M.V.Pulau Kidjang dikenali sebagai kapal jenis “tender” dan “Elliptical Stern” kerana rekabentuk bahagian buritannya yang rungkup dan terjuntai.

Spekfikasi buritannya membolehkan air laut melimpah masuk ke dalam dek belakang tetapi air yang melimpah ini tidak dapat mengalir terus keluar. Alat kemudi dan kipasnya tenggelam serentak ke dalam air membolehkan kapal jenis ini dikemudi dengan lebih efektif.

Bagaimanapun, ketika belayar mengikut arah arus air dan ombak di laut, pergerakan kapal akan perlahan.

Semasa pelayaran terakhirnya, ukuran keapungan bahagian hadapan M.V.Pulau Kidjang ialah 2.13 meter dan bahagian belakang ialah 3.04 meter. Trim bahagian butirannya adalah satu meter.

Menurut saksi, air pasang yang berlaku mengakibatkan aliran arus air laut dan sungai menghulu di kawasan muara bertambah deras.

Kapal terumbang ambing ke kiri dan kanan akibat pukulan gelombang besar dan alunan ombak yang kuat di bahagian beting.

Dalam keadaan kapal terumbang-ambing, air laut semakin banyak melimpah masuk ke dalam kapal.

Dalam keadaan kelam kabut itu, usaha untuk mengemudi M.V.Pulau Kidjang tidak berjaya sebaliknya kedudukan badan kapal semakin condong ke kanan dan perlahan~lahan tenggelam di dasar muara Kuala Rajang.

Takala itu juga, tangisan terus memecah kesepian dinihari.

Laungan meminta tolong masih lagi kedengaran.

Air mata bersatu dalam alunan ombak ganas. Rasa kasihan hilang di laut. Tetapi tiada siapa peduli.

Langit muara Kuala Rajang gelap. Sekali lagi sarat awan menurunkan hujan. Badai angin dan ribut terus mengganas.

Laut masih bergelora saat tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

48952660_10156888375523050_7358403791328116736_n

Untuk rekod, jumlah kargo yang dibawa M.V Pulau Kidjang ini melebihi 80 tan termasuk dua buah kereta yang diletakkan di ruang kosong di atas dek. Bagaimanapun, tidak diketahui di mana baki kargo yang lain disimpan.

Antara jenis kargo yang dibawa oleh M.V.Pulau Kidjang ketika itu, 33,600 botol minuman ringan, 9,400 kilogram makanan ternakan, 2,150 tin pelbagai jenis biskut dan 380 tin minyak masak. Semua kargo termasuk dua buah kenderaan tidak diketahui berapa nilai keseluruhannya.

Menurut bekas wartawan yang juga penulis buku Tenggelamnya Pulau Kidjang, Zaliha Hassan, selama dua minggu operasi mencari dan menyelamat dilancarkan walaupun ketika itu keadaan cuaca tidak menentu, laut bergelora dan arus deras di muara sungai.

” Sebanyak 12 lagi mayat mangsa yang tidak dikenalpasti identiti mereka telah disemadikan di tanah perkuburan khas yang kedudukannya beberapa kilometer dari bandar Sarikei. Bangkai kapal berkenaan masih berada di dasar muara Kuala Rajang sehingga ke hari ini. Antara yang terselamat seorang kanak-kanak lelaki yang sempat berpaut pada tin biskut!,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini

MGF29122018_ PulauKidjang_02

Menurut Zaliha, tidak ada ada seorang pun penumpang dan anak kapal M.V Kidjang mengenakan jaket keselamatan ketika itu.

Katanya, kapal tersebut ketika itu dilengkapi dengan 204 jaket keselamatan individu, tujuh rakit keselamatan daya kembung yang boleh menampung sehingga 175 penumpang, lapan biji pelampung keselamatan serta dua bot keselamatan yang boleh memuatkan 32 penumpang dalam satu-satu masa.

Ujarnya, kapal malang yang cukup sinomin sebagai pengangkutan air utama berulang-alik dari Kuching-Sarikei-Sibu itu karam pada kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika dari rumah api Tanjung Jerijeh dan kira-kira tiga batu nautika ke arah rumah api Tanjung Selalang, Sarikei.

49319453_10156888326723050_430736295816331264_n

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan buku mengenai tragedi ini, Zaliha berkata, ini kerana beliau mahu menjadikannya sumber rujukan masyarakat mengenai sistem pengangkutan air yang merupakan sistem pengangkutan tertua di Sarawak dan masih relevan digunapakai sehingga ke hari ini.

” Saya menulis berdasarkan fakta, dokumentasi dan laporan mahkamah mengenai kes ini. Saya juga ada buat kajian, berjumpa dengan isteri dan anak para mangsa termasuk ke kubur mereka yang terlibat.

” Memang sedih bila mengenangkan tragedi ini apatah lagi ramai mangsa tidak dapat ditemui hingga ke hari ini. Sayang sekali buku setebal 135 muka surat yang diterbitkan pada tahun 2004 itu sudah tidak ada di pasaran,” kata beliau.

Hari ini, setelah berpuluh tahun tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang, mangsa yang terselamat dan waris~waris mangsa masih sukar melupakan peristiwa memilukan ini.

Bagi waris~waris mangsa yang kehilangan orang tersayang dan mayat mereka berkubur di dasar muara bersama kapal malang ini, kesedihan yang mereka tanggung sukar diungkap dengan kata~kata.

Setiap kali kenangan menggamit ingatan hanya air mata dan doa yang mampu dihadiahkan.

49124900_10156888326553050_3751966099869007872_n

Mereka yang mahukan maklumat lanjut mengenai tragedi ini boleh menghubungi beliau dengan melayari Facebooknya di https://www.facebook.com/zaliha.hassan.39 – Malaysia Gazette.


Pemimpin UMNO lompat parti kena ukur baju sendiri

Mohd Zaini Samsu Hadi
xMGF30122018_PERHIMPUNAN-PPBM38-681x454
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK,
 

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu sedar diri sekiraya merasakan langkah mereka lompat parti bakal menjanjikan jawatan atau kontrak peribadi.

Teguran itu dibuat Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut beliau, pemimpin UMNO yang berfikiran demikian sebenarnya telah tersasar kerana mereka tidak akan mendapat apa-apa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malah, apa yang paling penting katanya, perkara utama perlu mereka lakukan ialah memohon maaf kepada rakyat dan pemimpin Bersatu yang pernah mereka perlekehkan sebelum ini.

“Saya tengok mereka ini macam tiada rasa bersalah langsung. Sedar diri sikit, bermuhasabah diri sikit, ukur baju di badan sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah itu turut mengingatkan agar pemimpin UMNO yang lompat parti tidak sesekali meletakkan sebarang syarat sekiranya mahu menyertai Bersatu.

Ini kerana katanya, Bersatu yang kini merupakan sebahagian daripada parti dalam Pakatan Harapan (PH) merupakan kerajaan pada hari ini dan sepatutnya syarat-syarat itu dikenakan terhadap mereka.

“Patutnya sesiapa yang nak masuk, kitalah yang kenakan syarat. Kita sudah jadi kerajaan.

“Jangan harap jawatan dan imbuhan. Ahli-ahli kita sekarang ini tiada lagi jawatan apatah lagi yang masuk lepas PRU,” ujarnya.

Mukhriz berkata, bekas pemimpin UMNO juga tidak perlu berfikiran bahawa Bersatu tidak akan kekal dengan hanya ada 16 kerusi dalam Parlimen.

Katanya, mereka jangan cuba ‘melaga-lagakan’ pemimpin PH yang sememangnya kukuh sehingga berjaya mencapai kemenangan pada PRU-14 lalu.

“Kita tidak akan beri ruang kepada mereka-mereka yang cuba memecah-belahkan PH. Saya ingin nyatakan dengan jelas, kita akan sama-sama terajui kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri bersama Pakatan Harapan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Bersatu cadang agenda bumiputera dijenamakan semula

Muhammad Azizul Osman

xMGF30122018_PAT-PPBM-201805-681x455
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil diiringi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat kiri) dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tiga kanan) hadir pada perbarisan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI,
 

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddn Yassin hari ini mencadangkan agar agenda bumiputera yang baharu dijenamakan semula.

Dalam ucapannya di hari kedua Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke 2 hari ini, Muhyiddin berkata, kaum Melayu harus menerima hakikat pencapaian kaum majoriti itu masih agar keterbelelakang.

Muhyiddin menggesa agar agenda bumiputera baharu itu dinamakan Pelan Kemakmuran Bersama.

“Di hadapan YAB Tun, pengerusi parti kita yang juga Perdana Menteri saya dengan rendah diri memohon agar Tun menyokong dan menerima cadangan ini untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

“Boleh Tun? Semua setuju?,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Cadangan itu mendapat tepukan gemuruh dan turut dipersetujui oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ujarnya, agenda itu nanti akan menumpukan kepada usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Melayu dan bumiputera.

Ia termasuk peningkatan pendapatan isi rumah, kemajuan dalam bidang kerjaya dan keusahawanan, serta kenaikan dalam kadar gaji, nilai simpanan dan pemilikan aset.

Sebelum ini, dalam majlis perasmian Persidangan Tahunan Srikandi dan Armada, Muhyiddin telah mencadangkan supaya satu agenda Bumiputera dijadikan dasar teras kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, penjenamaan semula ini termasuklah prasyarat utama dasar ini dalam mewujudkan kemakmuran negara yang dapat dikongsi secara adil dan saksama oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, kelas dan wilayah.

“Yang ingin kita wujudkan ialah keadilan dan kesaksaman dalam pendapatan dan pemilikan kekayaan dalam kalangan rakyat. Tidak ada satu kumpulan pun dalam masyarakat kita yang ketinggalan.

“Dengan itu, kita dapat mewujudkan kestabilan, kesepaduan dan kemakmuran dalam negara kita yang dikecapi oleh semua rakyat. Justeru, Agenda ini bukanlah agenda kaum, tetapi satu agenda nasional,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Tun M sedar desakan untuknya kekal PM tapi…

Muhammad Azizul Osman

xMGF30122018_PERHIMPUNAN-PPBM42-681x454
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
 

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad sedar mengenai desakan para perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk beliau terus memegang jawatan Perdana Menteri.

Namun katanya, matlamat utamanya sudah tercapai iaitu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan memungkiri janji untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya.

“Saya sedar tentang desakan supaya kita terus mengadakan PM tua ini lebih lama tetapi pada satu ketika dahulu kita adalah pembangkang.

“Tidak seronok kita dengar tapi kita nak jatuhkan Najib saya perlu korban dan terima syarat itu kerana bukan utama jadi PM tapi menjatuhkan (Datuk Seri) Najib,” katanya dalam sesi penggulungan Pengerusi Bersatu di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang tadi.

Beliau berkata, sememangnya nampak pelik apabila mengadakan kerjasama dengan bekas seterunya dahulu namun perkara itu harus dilakukan demam menyelamatkan negara.

“Itulah perjuangan kita, yang lain tidak dilakukan selagi Kleptokrasi ini berkuasa.

“Kadang kita duduk bersama berpeluk antara musuh ketat lama, nampak pelik tapi sekarang nampak biasa tetapi kerana kita sanggup menerima sedikit syarat ini, akhirnya kita menang dan tidak sangka kita boleh menang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahathir selaku Pengerusi Bersatu bersedia untuk mendengar kritikan sama ada ia keras atau tidak.

Ujarnya, budaya menerima kritikan akan dijadikan budaya dalam parti bagi memastikan parti berada dalam landasan yang betul.

“Kita akan hargai teguran kadang yang keras kita mesti terima dan itu bermakna kita buat kesalahan yang terlalu buruk.

“Ini akan jadi budaya kita dalam Bersatu dan dalam masa lain juga kita buat teguran terhadap kepimpinan dan kita juga harus terima teguran daripada pemimpin.

“Yang penting ialah teguran itu ikhlas dan tujuan untuk perbaik keadaan bukan tujuan lepas geram dan tidak puas hati,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Sabtu, 29 Disember 2018

Kit Siang kesal menghasut Mahathir untuk menubuhkan PPBM?


“End game” yang dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mudah. Menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan orang lain. Ini adalah “end game” yang sama dimainkan pada tahun 2006, dimana Tun Abdullah Ahmad Badawi digulingkan dan digantikannya dengan individu lain.

Ketika itu, ‘individu’ yang dimaksudkan tidak berapa jelas tetapi Mahathir sudah pun mempunyai tiga orang calon. Najib, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin. Calon-calon yang terpilih ini juga akan bergantung kepada sesiapa yang bersetuju dengan terma dan syarat Mahathir.

Mahathir mengumumkan terma dan syaratnya dalam satu pertemuan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, tidak lama selepas pilihan raya Mac 2008. Dimana yang menjadi Perdana Menteri mestilah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Presiden (sekarang dikenali sebagai Council of Eminent Person atau CEP)


Ku Li tidak bersetuju dengan CEP maka Najib telah dipilih menjadi Perdana Menteri

Ku Li tidak bersetuju dengan CEP tetapi Najib bersetuju. Maka, Najib menjadi Perdana Menteri yang baru pada April 2009.

Tetapi CEP tidak pernah diwujudkan (sehingga tahun 2018). Najib telah mempermainkan Mahathir. Selama empat tahun Mahathir memarahi Najib dan akhirnya Najib membuat keputusan untuk tidak menghiraukan Mahathir. Sebab itu lah Mahathir memutuskan bahawa Najib harus disingkir.

Menyinkirkan Najib sebenarnya adalah lebih susah. Sebaliknya Najib membuang Mukhriz dan ini mendorong Mahathir sendiri untuk keluar dari Umno. Disebabkan itulah Mahathir perlukan “Plan B”. Kit Siang ketika itu berbisik kepada Mahathir bahawa “Plan B” sepatutnya adalah menubuhkan Umno Baru Lagi Baru untuk mencuri pemimpin, ahli dan penyokong Umno. Akhirnya, menggantikan Umno baru kepada Umno Baru Lagi Baru.

Najib degil untuk mendengar cakap Mahathir jadi dia harus disingkirkan

Sebenarnya ia adalah satu rancangan yang bijak. Membentuk Umno baru untuk membunuh Umno lama. Atau dalam kes ini, membentuk Umno baru lagi baru untuk membunuh Umno baru yang telah membunuh Umno lama pada tahun 1988. Tetapi Kit Siang terlepas pandang perkara yang sangat penting iaitu, apa akan terjadi kepada Umno Baru Lagi Baru SELEPAS Umno baru dibunuh?

Kit Siang bukanlah orang yang berpandangan jauh. Jika tidak, dia tidak akan bercakap dan melakukan perkara yang dilakukannya sejak 50 tahun dahulu. Hari ini, Kit Siang terpaksa memakan kata-katanya dan menjilat ludahnya sendiri. Kit Siang kini melanggar prinsipnya sendiri demi kepentingan politik atau dengan kata lain, Kit Siang tidak lagi mempunyai prinsip.

Ringkas cerita, kit siang tidak ubah seperti pelacur politik.

Kit Siang menghasut Mahathir untuk menubuhkan PPBM agar dapat memecah-belahkan lagi Melayu 

“Plan b” Kit Siang adalah untuk menghancurkan Umno. DAP telah pun berjaya memecahkan PAS kepada dua dengan wujudnya Amanah. Jadi, jika Umno berjaya dihancurkan, dengan PKR yang juga depecahkan antara ‘Team Azmin’ dan ‘Team Anwar’, orang Melayu akan dipecahkan kepada enam kumpulan sedangkan orang cina utuh bersatu, sekurangnya-kurangnya 95% cina di bawah DAP.

Ya, memang Orang Melayu boleh mencapai 60% daripada populasi berbanding orang Cina yang hanya satu pertiga. Tetapi, jika Melayu berpecah kepada enam kumpulan, secara puratanya 10% pada setiap kumpulan, berbanding orang Cina lebih dari 30%. Ini adalah yang apa dimaksudkan oleh Sun Tzu dengan memecah-belahkan musuh. British juga menggunakan strategi yang sama dengan berlatar belakangkan strategi membahagi dan memerintah, dimana merekan hanya mempunyai seramai 150,000 orang berjaya menakluk dan memerintah 300 juta orang India.

satu perkara yang Kit Siang terlepas pandang. Dan perkara itu adalah; Kit Siang adalah orang Cina dan bukan orang Melayu. Dia tidak akan boleh memahami jiwa Melayu.

Biarkan orang Melayu bersendirian dan mereka akan bergaduh diantara satu sama lain tapi jika mereka diancam, mereka akan bersatu

Biarkan orang Melayu bersendirian dan mereka akan bergaduh diantara satu sama lain. Mengancam kedudukan mereka sebagai orang melayu atau Islam. Mereka akan bersatu dan menentang ancaman itu.

Sejak Mei 2018, orang Cina dan India telah menunjukkan kebiadapan mereka terhadap orang Melayu dan Islam. Orang Cina dan India dengan terbuka menghina Melayu dan Islam. Mereka juga mempersoalkan ‘ketuanan’ Negara ini dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah pendatang dan Hindu adalah yang pertama berada di Tanah Melayu dan sekaligus boleh menuntut hak terhadap Negara ini.

Orang Melayu kini terasa bahawa mereka diancam. Mereka merasakan bahawa Pilihan Raya yang lepas menjadikan orang cina dan india besar kepala. Sekarang mereka boleh memaki hamun dan menghina orang Melayu dan Islam sesuka-hati. Malah mereka juga boleh membunuh orang Melayu dan terlepas dari hukuman.

Sejak tahun 2008, orang Cina menjadi lebih biadap terhadap orang Melayu dan Islam. sekarang sudah tibanya masa untuk orang Melayu dan Islam membalas balik

Orang Melayu akhirnya bangkit dari realiti bahawa mereka kehilangan Negara ini kepada orang bukan Melayu. ‘Fixed Deposit’ Sabah dan Sarawak tidak ada lagi. Umno secara teknikalnya pun sudah tiada lagi. Barisan Nasional pula sudah mati. Jadi, apa akan berlaku kepada orang Melayu jika mereka dipecahkan kepada enam kumpulan?

Hanya ada satu alternatif sahaja. Iaitu entiti melayu yang berlainan menyatukan Melayu dari Umno, PAS, PKR dan PPBM. Buat masa sekarang ini ianya adalah PPBM. Mahathir perlu bukan sahaja menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi juga menjadi pemimpin untuk menyatukan Melayu. Inilah satu-satunya cara untuk orang Melayu dapat menghalang Malaysia jatuh ke tangan Cina dan India.


Yang ironinya, penubuhan PPBM adalah idea Kit Siang (sama seperti Amanah dulu). Ianya merupakan senjata bertujuan untuk memecah-belahkan orang Melayu. Sekarang senjata yang sama juga akan menyatukan orang Melayu. Pada PRU 14, Ramai orang yang dulunya menentang Mahathir sekarang sejak PRU 14 telah bertukar menjadi penyokong Mahathir dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Kini DAPlah yang menyatukan orang Melayu yang dulunya Melayu berpecah-belah. Itulah bagaimana orang Cina akan mengingati Kit Siang.