Bekas calon PRK Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari
Azlan mempersoalkan program Presiden PKR Anwar Ibrahim ketika pilihan
raya kecil itu.
“Beliau mendakwa di Instagram taja
lima program DSAI. Adakah sumbangan lima program itu di isytihar dalam
laporan kewangan calon pada SPR?
Dan adalah menjadi satu kesalahan jika tidak isytihar pada SPR dan berbelanja melebihi had yang dibenarkan,” kata Saiful pada hantaran di Facebook hari ini.
Selepas perbicaraan panjang di mahkamah, Anwar dimasukkan penjara pada Januari 2015.
Bagaimanapun, susulan pertukaran kerajaan pusat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Anwar pada 16 Mei lalu dibebaskan melalui pengampunan diraja.
Sinar Harian
pada 28 Disember lalu melaporkan pemilik syarikat itu mengancam
mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didakwa
memfitnahnya.
Pemilik syarikat itu mengakui syarikatnya menaja program Anwar Ibrahim ketika PRK Port Dickson.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan