KUALA KEDAH: Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy, bukan sahaja didesak agar meletakkan jawatan malah sebenarnya tidak layak serta tidak patut dilantik menjadi menteri.
Demikian kata Mursyidul Am PAS, Dato’
Ustaz Hashim Jasin kepada pemberita ketika kunjungan ke rumah keluarga
Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, di Kampung Tepi Laut, Tebengau, pagi senalam
"Pemikiran, agenda dan cara beliau
(Waytha Moorthy) langsung tidak layak untuk dilantik sebagai menteri
malah ketua JKK pun tidak layak.
"PAS merasa amat kesal kerana keamanan dan suasana perpaduan kaum yang harmoni selama ini menjadi kucar kacir," ujar beliau.
Menurutnya lagi, Islam tidak pernah
mengganggu agama lain dan agama lain juga tidak boleh mengganggu agama
Islam yang jelas terkandung di dalam Al-Quran.
Malah, jelasnya, PAS mengambil keputusan
memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP kerana parti berkenaan cuba masuk
campur urusan aqidah dan agama Islam.
"Justeru itu, kematian Muhammad Adib
perlu segera disiasat kerana ia merupakan Wajibul Wakti (kewajipan
semasa) yang semestinya tidak diambil enteng atau mudah," katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau tidak lupa mengingatkan bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya taksub atau bangga kepada perkauman.
Yang jelas, katanya siasatan untuk
membuktikan siapa yang sebenarnya yang bersalah dan bertanggungjawab ke
atas insiden itu perlu segera dilakukan.
"Kita tidak mahu rakyat dikaburi dengan
berita dan tuduhan palsu. Kebenaran dan keadilan perlu segera
ditegakkan," sambung beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan