Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Khalid Tik berkata, mereka perlu prihatin dan sentiasa menyemak semula stok untuk memastikan sentiasa mencukupi dan tidak terputus bekalan.
"Langkah itu penting bagi mengelakkan isu-isu yang tidak diingini berlaku antara pengusaha dan pengguna,
Buat masa ini kami sedang memantau stok petrol terutama di Kelantan memandangkan negeri ini berada berhampiran dengan sempadan. Buat masa ini kita belum menerima aduan berhubung mana-mana stesen yang terputus bekalan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pengguna Bijak Kembali ke sekolah hari ini.
Mengenai kejadian minyak tercampur air di sebuah stesen minyak di Selangor akibat kebocoran pada tangki stesen berkenaan Khalid berkata kejadian itu tidak berlaku di mana-mana stesen minyak di negeri ini.
"Bagaimanapun, kita akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat campuran air dalam tangki minyak di mana-mana stesen minyak memandangkan ia adalah tanggungjawab mereka untuk membuat pemeriksaan dan analisa.
"Buat masa ini kita dapati stesen minyak di negeri ini menjual petrol mengikut standard operasi prosedur (SOP) masing-masing walaupun Kelantan kerap hujan kebelakangan ini," katanya.-- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan