HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Disember 2018

Perwakilan melaram beg Herschel di perhimpunan Bersatu


 
AGM BERSATU | Perwakilan yang menyertai perhimpunan agung tahunan kedua Bersatu di Putrajaya hari ini dilihat menggayakan beg Herschel, iaitu sebuah beg berjenama dari Kanada.

Difahamkan seramai lapan orang dari setiap bahagian - ketua bahagian, timbalan dan ahli jawatankuasa - menerima beg tersebut di kaunter pendaftaran.

Beg yang diagihkan dalam pelbagai warna, seperti biru, kelabu, hitam dan merah, dan setiap satunya dengan saiz dan rekaan yang berlainan.

Di bahagian beg tersebut, tertera logo Bersatu dan "Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia" yang dijahit.

Beg tersebut dianggarkan berharga RM250 hingg RM300 - bergantung kepada saiz dan rekaan.
Ketika ditemui Malaysiakini, kebanyakan perwakilan yang menerimanya tidak tahu akan harga beg tersebut tetapi memuji mutunya.

Anggota Bersatu Johor Aidil Ahmad berkata, beliau menerima begi itu pagi tadi selepas mendaftar sebagai perwakilan.

“Saya sampai sejak semalam ketika perasmian.

“Ramai di kalangan kami yang diberikan beg ini hari ini, isi kandungan dalam beg ini kami perlukan untuk sesi bahas esok,” katanya kepada Malaysiakini selepas ucapan sayap wanita dan pemuda Bersatu, hari ini.

Setiap beg turut disertakan buku perlembagaan parti, buku nota, dan sebuah buku bertajuk “Malaysia baru”.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: