Jika tidak mahu diazab maka umat Islam digesa supaya tidak mengerjakan amalan maksiat, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.
Tanpa penjelasan lanjut, Ahmad Dusuki membuat hantaran di media sosial dipercayai mengulas tragedi yang menimpa kumpulan pop rock Indonesia, Seventeen ketika Indonesia dilanda tsunami Selat Sunda pada 22 Disember lalu.
“Bayangkan kematian menyentap saat sedang begini?
“Inilah yang terjadi kepada kumpulan rock Seventeen yang sedang membuat persembahan pada malam tsunami menyentap!”
“Angka kematian bencana tsunami di pantai Selat Sunda (di antara kepulauan Sumatera dan Jawa) hingga kini meningkat kepada 150 orang serta mencederakan 600 orang.
“Usahlah melakukan maksiat! Kerana maksiat itu menarik azab,” katanya pada suatu hantaran di Instagram hari ini yang disertai video persembahan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan