HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Disember 2018

Shahidan kongsi formula Dr M kekal berkuasa tanpa PKR, DAP

MALAYSIAKINI

   
Pemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim berpandangan bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan dapat mengekalkan kuasa sekiranya DAP dan PKR keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Bekas menteri besar itu berkata, Dr Mahathir boleh terus memerintah dengan sokongan parti Melayu dan bumiputera.

“Kalau DAP dan PKR keluar (PH) maka perdana menteri boleh memerintah dengan sokongan parti Melayu dan bumiputera.

“129 kerusi dan sekiranya 20 kerusi PKR keluar maka PM tetap akan dpt 149 atau dua pertiga majoriti. (Jadi) Perdana menteri dah cukup kuat,” tulisnya di Facebook.

Jumlah 129 yang diberikan Shahidan itu adalah berdasarkan 221 kerusi parlimen (tanpa mengira Cameron Highland) yang ditolak dengan 50 kerusi PKR dan 42 kerusi DAP.

Sejak pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, seramai 16 orang MP telah keluar Umno dan 12 yang menjadi wakil rakyat bebas menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan (PH) kini berbaki 29 lagi kerusi untuk meraih majoriti dua pertiga di parlimen.

Setakat ini, parti komponen PH yang terdiri daripada Bersatu, Amanah, PKR dan DAP menguasai 119 daripada 222 kerusi parlimen, sementara 9 dipegang Warisan yang merupakan rakan sekutu mereka.

Manakala kedudukan Umno dan PAS pula masing-masing 38 dan 18.

Justeru, Anggota Parlimen Arau itu berkata, Dr Mahathir juga boleh menggabungkan semua parti tanpa adanya pembangkang.

“Kehebatan perdana terletak pada usaha satukan Melayu bumiputera, (orang) bukan Melayu akan hormat pada kesatuan Melayu bumiputera yang kuat.

“Bukan Melayu sudah bersatu dengan majoriti yang berada dalam DAP,” katanya lagi.

Bekas Pengerusi Umno Perlis itu turut mengakhiri tulisan itu dengan berkata: “Siapa perdana menteri selepas Dr Mahathir akan dibentang nanti,” katanya.

Tiada ulasan: