KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengucapkan
tahniah kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana cepat bertindak
menukar sistem pengiraan harga minyak mentah bulanan kepada mingguan.
Jelas Rafizi, kaedah semakan harga petrol mingguan yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional itu adalah kaedah terbaik untuk rakyat.
Tambahan pula, kerajaan Pakatan Harapan kali ini menambah baik sistem tersebut dengan cadangan untuk menghadkan harga petrol bersubsidi RON95 kepada RM2.20 seliter sekiranya harga bahan api itu melonjak pada masa akan datang, katanya.
“Ini kaedah terbaik: semak mingguan supaya kalau harga turun, rakyat dapat serta merta dan sediakan subsidi supaya rakyat dilindungi (bayar RM2.20) kalau harga naik mendadak.
“Ini cara PH, tahniah @guanenglim kerajaan turunkan harga minyak bermula 1 Januari,” katanya di dalam hantaran di Twitternya hari ini.
Mengikut pengiraan Rafizi, harga petrol di pam akan berada sekitar RM1.90 seliter sekiranya harga minyak mentah semakin jatuh.
Selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rafizi merupakan antara tokoh yang lantang menyuarakan keperluan untuk menyemak semula kaedah penetapan harga petrol secara bulanan berikutan kejatuhan mendadak komoditi itu di pasaran global.
Semalam, beliau menulis surat kepada Guan Eng supaya kerajaan mengubah kaedah yang dipakai sekarang kepada semakan harga secara mingguan.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan