THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersendakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung surat dengan tulus ikhlas kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Dalam surat tersebut, Mujahid berkata beliau tidak dapat tidur kerana bimbangkannya.
Menerusi perkongsian status di halaman Facebooknya pada Rabu, Najib secara berseloroh berkata:
“Lepas baca warkah Cordova.
“Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda”. Drama.
“Dah berapa malam tak tidur?
“Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang,” kata Najib.
Semalam Mujahid yang dalam perjalanan dari dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah yang dipaparkan kepada umum di Facebook beliau.
Dalam warkah sepanjang 25 perenggan itu Mujahid memanggil Nurul Izzah sebagai adinda dan membahasakan diri beliau sebagai kekanda.
“Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi.
“Kekanda kini dalam perjalanan darat tiga jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku ‘Puteri Reformasi’,” tulis Mujahid pada permulaan warkah tersebut.
LIHAT FB DI SINI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan