HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Disember 2018

Kritik terbuka, jangan sampai 'pancung' kawan dalam PH

Nasihat orang jangan pancung kawan. Yang dia berusaha nak jatuh MB Perak. Tak percaya tanya Saarani.

 
IPOH — Menteri Kabinet tidak wajar mendesak rakan sejawat dalam Pakatan Harapan (PH) supaya meletak jawatan dalam kerajaan, kata exco Perak Abdul Aziz Bari.

Wakil rakyat Tebing Tinggi berharap pimpinan kanan PH tidak membuat kenyataan yang “sampai ke peringkat mengkritik atau meminta supaya meletakkan jawatan”.

“Seorang menteri tidak bolehlah bercakap di luar Kabinet untuk minta kawan dipancung dan sebagainya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Menegaskan perbezaan pendapat perkara biasa dalam sesebuah gabungan, pakar perlembagaan bimbang kritikan secara terbuka boleh membawa “kesan negatif”.

Minggu lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membenarkan Armada, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mendesak P Waythamoorthy meletak jawatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri didesak demikian berikutan dakwaan beliau gagal meredakan ketegangan kaum ekoran kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman November lalu.

Tiada ulasan: