KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata pihak luar tidak perlu campur tangan urusan parti itu.
Malah Pas ujarnya tidak perlu lagi memberi komen kosong berhubung penggabungan parti tersebut.
“Saya harap pihak luar termasuk Pas tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan UMNO, UMNO sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.
“UMNO akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa… bekerjasama di mana perlu,” katanya di Twitter milik beliau.
Terbaharu Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik dan mencadangkan agar parti itu dibubarkan.
Mohd Amar berkata, cadangan tersebut telah lama disuarakannya malah telah banyak kali diulang dalam ceramah beliau selepas pelbagai kemelut dalaman melanda parti itu.
Dalam pada itu, semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang” di Dublin, Ireland berkata Pas menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya.
“Kaedah orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama.
“Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah,” katanya. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan