KUALA LUMPUR- Langkah mempercepatkan pembayaran Bantuan Sara Hidup
(BSH) menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyedari ekonomi
Malaysia berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada jangkaan ramai.
Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan PH juga mula sedar rakyat sudah mula marah kepada kerajaan ditambah dengan prestasi ekonomi negara yang semakin menurun.
Katanya, semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, bayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pertama adalah sekurang-kurangnya RM600 berbanding RM300 yang dibayar oleh kerajaan PH.
Bantuan tunai tersebut juga memberi manfaat kepada tujuh juta isi rumah berbanding 3.7 juta sekarang.
“Orang bujang dari golongan B40 juga akan dapat tetapi di bawah kerajaan PH, mereka telah diketepikan. Tak ada orang bujang yang susah, ke?
“Tidakkah orang bujang juga mengundi PH 9 Mei lalu malah ada yang berjuang bersungguh-sungguh di laman sosial?
“Apa kata orang bujang?” katanya di dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Najib juga menggunakan platform tersebut untuk menyindir kerajaan PH yang mana sebelum ini membantah pelaksanaan bantuan tunai kepada rakyat dengan menganggap penerima BR1M adalah pemakan dedak.
“Dulu PH bukan main kerap lagi tuduh BR1M kerajaan BN dahulu ialah rasuah, dedak dan cash is king. Kini PH mahu mempercepatkan bayaran BR1M. Mempercepatkan apa?
“Mempercepatkan rasuah, dedak dan cash is king kepada rakyat? Boleh tahan tajam juga u-turn terbaru ini,” sindirnya.
Selain Najib, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menghentam kerajaan PH berhubung pengumuman terbaharu oleh Menteri Kewangan itu.
Dulu cakap dedak. Sekarang ini dedak basah. Database pun pakai BR1M. Malaysia baharu apa? Oh ya, tak ada 1MDB,” kata Khairy dalam hantaran di Twitternya hari ini.
BSH adalah bantuan tunai kepada rakyat yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional menggunakan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Semasa PH menjadi pembangkang, BR1M sering dijadikan modal politik dan dipanggil umpan untuk menarik pengundi kepada BN.
Selain membantah pelaksanaan BR1M, pembangkang ketika itu juga berhasrat untuk menghapuskannya bagaimanapun bertindak meneruskan pemberian tunai berkenaan apabila menang pilihanraya umum lalu.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan