Pindaan Akta Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 2017 akan menyelesaikan masalah dihadapi
ibu yang bercerai terutama dari segi nafkah untuk anak-anak mereka.
Di
bawah undang-undang baru itu, suami yang bercerai dengan isterinya
diwajibkan membayar nafkah untuk anak-anak mereka sehingga ke peringkat
universiti.
Seksyen 95 akta tersebut menyebut bahawa:
(a) Dengan memasukkan selepas perkataan “hilang upaya dari segi jasmani atau otak” perkataan “atau sedang mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi”; dan
(b) Dengan memasukkan selepas perkataan “tidak lagi berada dalam keadaan hilang upaya itu” perkataan “atau selesai pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi itu”.
"Ini adalah masalah besar bagi kebanyakan ibu yang mendapat hak penjagaan anak mereka. Bapa enggan membayar nafkah selepas anak-anak mereka berumur 18 tahun.
"Adalah penting untuk menekankan bahawa kes-kes sedia ada meliputi Seksyen 95 yang baru," katanya yang menyifatkan pindaan tersebut sebagai hadiah Krismas kepada golongan ibu.
Tan berkata Seksyen 76 akta berkenaan dipinda berhubung pengagihan aset perkahwinan bagi mengiktiraf sumbangan ibu.
"Satu kriteria tambahan bagi mahkamah untuk pertimbangkan ketika membahagikan aset perkahwinan ialah tempoh perkahwinan," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan